Bank Muamalat  
 
   
i-Muamalat: Login to our Online Banking
 
Ar Rahnu
Will Writing
Click on the list below to see more Ar Rahnu information:
SUBJECT : DAILY GOLD PRICE
DATE:    
No
Gold Standard
("Mutu Emas")
Price per gram (RM)
1
750
143.53
2
835
159.80
3
875
167.45
4
916
175.30
5
950
181.80
6
999
191.18

Manfaatkan barangan emas anda untuk perolehan wang tunai segera hari ini dengan Muamalat Ar-Rahnu. Muamalat Ar-Rahnu menawarkan had pinjaman sehingga 80% dari harga barang cagaran selain kadar upah simpan yang rendah. Selain itu ianya juga berdasarkan empat jenis konsep Syariah iaitu Qard, Wadiah Yad Dhamanah, Ujrah dan Rahn.

KELAYAKAN PEMOHON

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap berumur 18 tahun ke atas.
Tidak diisytiharkan muflis.

KELEBIHAN

Produk yang mematuhi garis panduan Syariah.
Bebas dari unsur Riba' dan Gharar.
Upah simpan yang rendah.
Had pinjaman yang tinggi.
Cepat, mudah dan selamat.
Khidmat Cucian Emas.

HAD PINJAMAN

Pinjaman setinggi 80% dari harga barangan emas, Kepingan Emas dan Syiling Emas sehingga RM500,000 ( RM250,000.00 bagi barangan emas, Kepingan Emas dan Syiling Emas dan RM250,000.00 bagi Perth Mint Gold Minted-MG-i); yang mana lebih rendah.

JENIS BARANG GADAIAN

Barangan kemas (tanpa batu permata) yang mengikut mutu 750, 835, 875, 916, 950 dan 999.
Menerima semua jenis  Jongkong emas/syiling emas/kepingan emas yang mengikut mutu 916, 950 dan 999 dari semua tukang emas, institusi, syarikat pengeluar kecuali yang telah disenaraihitamkan oleh  Bank Negara Malaysia (BNM), “Consumer Alert”, “Fraud Alert” dan “SC Security Alert”.
  Sila layari link berikut untuk maklumat lanjut:
  http://www.bnm.gov.my

https://www.sc.com.my

TEMPOH GADAIAN

Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, dan boleh dilanjutkan selama 6 bulan sebanyak 2 kali tertakluk kepada penyelesaian upah simpan terdahulu.


KADAR UPAH SIMPAN

Nilai Emas
Upah Simpan Bulanan
(Setiap RM100 Nilai Emas)
Sehingga RM1,000
RM0.65
RM1,001 - RM5,000
RM0.75
RM5,001 dan ke atas
RM0.85

PERBEZAAN PENGIRAAN UPAH SIMPAN MUAMALAT AR-RAHNU DAN PAJAK GADAI KONVENSIONAL

Contoh:
    a.Nilai Emas : RM1,000
    b.Pinjaman : RM800
    c.Kadar Upah Simpan : RM0.65 (Setiap RM100 Nilai Emas) berdasarkan
    RM1000 nilai emas
    d.Tempoh : 6 Bulan
 
Formula pengiraan upah simpan Muamalat Ar-Rahnu:
    Upah Simpan = a x (c/100) x 12 x 183/365
Formula pengiraan upah Pajak Gadai Konvensional:
    Upah Simpan= b x 2% x 6

Muamalat Ar-Rahnu
Pajak Gadai Konvensional

Upah Simpan = RM1,000 x 0.65/100 x 12x 183/365

=RM39.10

Upah Simpan = RM800 x 2% x 6 bulan (6 Bulan)

=RM96.00

Perbezaan upah simpan 6 Bulan:
Pajak Gadai Konvensional = RM96.00
Muamalat Ar-Rahnu = RM39.10
Beza : RM56.90

Bayaran Ansuran:

Pembayaran upah simpan dan pinjaman boleh dibuat secara ansuran di mana-mana cawangan, mesin ATM, CDM dan Perbankan Internet.

Penebusan Gadaian:

Penebusan gadaian boleh dibuat secara berperingkat atau sepenuhnya sebelum atau pada tarikh matang

Cara Memohon:

Isi borang permohonan Ar-Rahnu.
Bawa bersama kad pengenalan dan barangan emas yang ingin dicagarkan

Risalah produk
Ar Rahnu Flyers - BM
Ar Rahnu Flyers - ENG
Ar-Rahnu Marketing Brochures

Video Kempen Ar-Rahnu & Menang


*Lain-lain pautan:
Kaunter Ar-Rahnu
Ar-Rahnu Kempen

BACK TO TOP Back to top