Bank Muamalat 1Malaysia
 
   
i-Muamalat: Login to our Online Banking
Al-Wadiah Savings Account
Click on the list below to see more Wakaf services:
Wakaf Dalam Islam
  • Wakaf adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab ‘waqafa’ yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai.
  • Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah SWT dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.
Dalil Pensyariatan Wakaf
  • Wakaf merupakan suatu amalan yang telah disyariatkan, bahkan ia adalah salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah.
  • Antara dalil wahyu yang menjadi asas sandaran kepada pensyariatan amalan berwakaf ialah firman Allah S.W.T:
    “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Mengetahuinya.”
    (Surah Ali `Imran: 92)
  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    “Apabila seorang anak Adam mati, segala amalannya terputus, kecuali tiga perkara: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”.
    (Riwayat Muslim)

    “Sedekah jariah” di dalam hadis ini, ditafsirkan oleh para ulama’ sebagai wakaf.
Kenyataan Fatwa
  • Jumhur Ulama’ iaitu Mazhab Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki mengharuskan Wakaf Harta Alih berasaskan kepada kenyataan bahawa semua harta yang harus dijual dan boleh mendatangkan manfaat dan kekal zatnya, maka boleh diwakafkan.
  • Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
    (Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)
  • Hasil daripada Saham Wakaf Selangor (Wakaf Selangor Muamalat) hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang Manfaat Wakaf Selangor (Wakaf Selangor Muamalat) boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh MAIS.
    (Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006)
Faedah Berwakaf
  • Pelepasan Cukai
        Individu : 7%
        Syarikat : 10%
  • Sumbangan derma diberi pelepasan Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6/5621) (No. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004)
Wakaf Selangor-Muamalat
  • Wakaf Selangor-Muamalat merupakan jalinan kerjasama antara Perbadanan Wakaf Selangor dan Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi menguruskan dana wakaf secara bersama melalui pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB).
  • BMMB merupakan institusi perbankan pertama yang menjalankan kerjasama pengurusan dana wakaf secara bersama.
Cara Berwakaf
  • Pelanggan boleh berwakaf melalui:
        - Kaunter
        - Hibah daripada pelanggan Akaun Wadi’ah BMMB
        - Arahan pembayaran berkala (PPI)
        - Tunai
        - Debit daripada akaun simpanan atau semasa
        - Cek dalaman/ tempatan
Penggunaan Dana Wakaf
  • Pembangunan infrastruktur kesihatan & pendidikan
  • Pembiayaan peralatan kesihatan & pendidikan
  • Kos rawatan kesihatan & yuran/biasiswa pendidikan
  • Dana penyelidikan kesihatan & pendidikan
  • Penjanaan dana melalui pelaburan yang dibenarkan

 

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Mengetahuinya.”


(Surah Ali `Imran: 92)
Download File size: 5516kb  
   
   
   
BACK TO TOP Back to top