| |
Bank Muamalat Malaysia Berhad Juara
Hadiah Bulan Bahasa Kategori Bank Islam
KUALA LUMPUR
28 Disember 2011

 |
|
Bank Muamalat Malaysia Berhad sekali lagi muncul sebagai juara Hadiah Bahasa Institusi Perbankan bagi kategori Bank Islam selepas tahun 2009 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011. Majlis tersebut telah diadakan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
|
|
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Encik Musa Abdul Malek telah turut hadir bagi menyempurnakan majlis penerimaan Hadiah Bulan Bahasa 2011 daripada wakil Gabenor Bank Negara dan disaksikan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Selain daripada itu pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menghantar seorang kakitangan yang berkalibar dan berbakat dalam Pertandingan Pidato antara Institusi Kewangan Piala Gabenor Bank Negara Malaysia 2011. Bahasa Melayu Dijunjung, Bahasa Inggeris Disanjung: Hala Tuju Komunikasi Sektor Kewangan Negara telah membawa tuah kepada Encik Mohd Arfaizat Mohd Arsat dari Credit Operations Department telah muncul sebagai Juara tempat Pertama peringkat zon dengan membawa pulang Buku DBP dan wang tunai sebanyak RM500 serta mendapat tempat ketiga peringkat kebangsaan dengan membawa pulang Piala, Sijil, buku DBP serta wang tunai sebanyak RM2000.
|
|
Bank Muamalat Malaysia Berhad telah berusaha menyahut seruan kerajaan bagi memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang utama, antara usaha yang telah dilakukan ialah meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penerbitan bahan publisiti seperti risalah, laporan tahunan, teks ucapan, papan tanda dan iklan serta dalam urusan perbankan harian dengan pelanggan.
Pelbagai program telah dilaksanakan bagi menyahut agenda kerajaan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sama ada di peringkat glokal mahu pun global. Pengiktirafan ini amat dihargai dan usaha menjadikan bahasa kebangsaan sebagai wahana komunikasi dalam institusi perbankan akan terus dilaksanakan dari masa ke masa.
|
| |
Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, Hadiah Bahasa Institusi Perbankan tersebut bertujuan mengiktiraf dan menghargai perbankan yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul.
"Ia turut meliputi penilaian terhadap penggunaan bahasa itu ke dalam urusan mereka dengan pelanggan serta galakan penggunaan bahasa secara meluas dalam sektor perkhidmatan kewangan di negara ini.
DBP bukan hanya fokus kepada institusi kewangan bahkan usaha memartabatkan Bahasa Melayu turut dilakukan dalam industri lain seperti penyiaran, pentadbiran, pengiklanan dan perundangan," katanya.
|
|
|