Bank Muamalat 1Malaysia
 
   
i-Muamalat: Login to our Online Banking
 
 
 
Community
 
 
Community
Corporate Responsibility
Click on the list below to see our other activities in 2012:

Laporan Program Amal Masih Ada Yang Sayang (MAYS) 2012 Kawasan Selatan Daerah Labis,Segamat, Johor Darul Takzim 14 Januari 2012 / 20 Safar 1433 H

PENGENALAN
Program ‘Masih Ada Yang Sayang (MAYS)’ adalah program yang dianjurkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui Tabung Mawaddah pada setiap tahun untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik dan tergolong didalam Asnaf yang lapan iaitu Fakir, Miskin, Muallaf, Orang yang berhutang,Fisabilillah, Musafir, Hamba dan Amil.

Pada tahun 2012, setiap pejabat kawasan telah diberi peluang untuk menganjurkan program tersebut. Bagi Kawasan Selatan, cawangan yang bertanggungjawab untuk merealisasikan program MAYS ini adalah Cawangan Segamat. Program yang dilaksanakan pada kali ini adalah sumbangan derma kepada 6 orang insan yang kurang bernasib baik yang memerlukan untuk membaik pulih rumah kediaman mereka. Alhamdulillah dengan bantuan pihak kakitangan di kawasan selatan dan juga kakitangan ibu pejabat, program ini dapat direalisasikan pada 14 Januari 2012 yang lalu. Mereka juga diberi wang saku sebanyak RM 250 setiap keluarga dan barangan keperluan dapur seperti gula, beras, minyak dan tepung. Pada program tersebut pihak bank juga tidak lupa memberikan sumbangan kepada 30 orang anak-anak yatim di sekitar kawasan Daerah Kecil Labis dengan memberikan sumbangan beg sekolah dan wang saku sebanyak RM100 setiap seorang. Selain daripada itu, pihak bank juga menyampaikan sumbangan kepada Masjid Jamek Labis sebanyak RM5,000.00 untuk kegunaan pihak masjid.

AKTIVITI
Pada jam 9:30 pagi ketibaan pihak pengurusan Bank Muamalat Malaysia Berhad iaitu Ybhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik PeerMohamed Ibramsha, Presiden Kanan Eksekutif dan diiringi juga oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis, Tuan Haji Rosdin dan Imam Masjid Jamek Labis,Tuan Haji Abdul Rafar.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Azim Mohd Saufi daripada Jabatan Syariah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Jamek Labis dan seterusnya dengan ucapan oleh wakil dari pihak bank iaitu Pemangku Pengurus Cawangan Segamat, Puan NorAsiah Abdullah. Majlis seterusnya menjemput Ketua UMNO Bahagian Labis, Tuan Haji Rosdin untuk memberikan ucapan.

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada enam orang penerima bantuan membaik pulih rumah mereka beserta wang tunai RM250.00 dan barangan keperluan dapur diikuti sumbangan beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100.00 kepada 30 orang anak-anak yatim disekitar Daerah Kecil Labis. Pihak bank juga memberikan sumbangan kepada Masjid Jamek Labis sebanyak RM5,000.00.

Setelah selesai acara penyampaian sumbangan, acara diteruskan lagi dengan pemberian cenderamata kepada wakil Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis,Tuan Haji Rosdin dan Imam Masjid Jamek Labis, Tuan Haji Abdul Rafar. Sebagai penutup majlis sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan sebagai kenang-kenangan. Majlis ditutup dengan jamuan makan yang telah ditaja oleh pihak bank.

CERAMAH PERBANKAN ISLAM
Program MAYS ini diteruskan lagi dengan Ceramah Perbankan Islam pada sebelah malamnya dan telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Mohd Izuwan Mahyudin daripada Jabatan Syariah. Tajuk ceramah yang telah disampaikan ialah ‘Perbankan Islam Suatu Kewajipan dan Bukan Pilihan’. Ceramah ini selesai kira-kira jam 10.00 malam dan majlis diteruskan dengan jamuan makan. Pihak Masjid mengucapkan jutaan terima kasih dan berharap semoga program berbentuk ilmiah ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

PENUTUP
Akhir kata, Program MAYS Kawasan selatan ini telah dapat berjaya dilaksanakan dan memberikan satu pengalaman yang bermakna kepada semua pihak yang terlibat. Mereka amat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas peranan BMMB dalam membantu insan-insan yang memerlukan bantuan. Secara keseluruhan program ini amat berjaya. Diharapkan setiap peranan, tanggungjawab dan pembabitan BMMB dalam menyebarkan Syiar Islam mendapat ganjaran dan diterima Allah SWT hendaknya.

Disertakan gambar-gambar sebagai lampiran.

Sekian, Wassalam.
Sekretariat Tabung Mawaddah Jabatan Syariah, BMMB

   

Click on any thumbnail to view enlarged image
 

back


BACK TO TOP Back to top