|
|||||||||||||
Bank Muamalat Malaysia Berhad adalah selaku penaja utama bagi Ekspedisi DRB-HICOM Kembara Bumi Suci 2012 yang bakal melakar sejarah tersendiri bagi rakyat Malaysia kerana ini merupakan kumpulan pertama yang akan mengembara melalui jalan darat dari Malaysia melalui Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Russia, Georgia, Azerbaijan, Syria, Jordan hingga ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Objektif Ia merupakan perjalanan bersejarah bagi merasai perjuangan umat terdahulu untuk menunaikan ibadah Haji mahupun Umrah, dalam masa yang sama untuk menghayati perjalanan sirah Nabawiah terutamanya perjalanan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Kami berharap ia akan membuka mata dunia Islam terhadap semangat jitu rakyat Malaysia dalam menghayati erti ketamadunan (Hadharah) Islam berdasarkan perkembangan dunia global masa kini. Kewujudan program ini mampu menjadi salah satu medan dakwah untuk mendekati golongan tertentu terutama para peserta dalam menjalankan gerakan dakwah 'Bil Lisan' dan perbuatan 'Bil Hal' dengan mengadakan pengisian yang sesuai sepanjang perjalanan nanti. Permusafiran ini mampu mewujudkan serta memupuk hubungan silaturrahim antara masyarakat tempatan kawasan yang dilalui dan para peserta. Secara tidak langsung peserta ekspedisi ini menjadi duta kecil negara dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia Arab, Eropah dan Asia khususnya dan negara-negara yang dilalui. DRB-HICOM Kembara Bumi Suci ini akan disiarkan dalam bentuk rancangan realiti TV sebanyak 13-26 episod untuk berkongsi pengalaman ekspedisi bersama rakyat Malaysia sepertimana Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 yang disiarkan di Astro Oasis sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Selain itu, rancangan ini akan menyusuri dan meninjau aktiviti pertanian di semua Negara yang dilalui. Sebagai contoh di China, rakyat Negara ini yang rajin dan disokong oleh kerajaan bagi membangunkan tanah dengan aktiviti pertanian telah menjadikan China di antara pengeksport makanan terbesar dunia. Teknologi juga memainkan peranan besar dalam hal ini di mana pihak industri berkerjasama rapat dengan pertanian berskala besar dan kecil dalam memodenkan lagi teknologi pertanian mereka. Aspek makanan halal dan minoriti masyarakat Islam akan diutamakan dalam setiap episod DRB- HICOM Kembara Bumi Suci ini. Kami akan menyentuh aspek kehebatan sejarah tamadun Islam terutama di sepanjang laluan sutera ini dan bagaimana ia mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat di sini. Fakta
|
|||||||||||||
