Wakaf Updates

WAKAF NEGERI SEMBILAN MUAMALAT MENYUMBANG PERALATAN KESIHATAN KEPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN.

SEREMBAN, Julai 2021 - Wakaf Negeri Sembilan Muamalat telah menyumbang 5 unit Patient Transport Trolley dan 10 Unit Oxygen Concentrator kepada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS). Majlis Penyerahan Sumbangan Aset WNSM telah diadakan dengan serba ringkas di Perkarangan Lobi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan pengerusi jawatankuasa pengurusan bersama Wakaf Negeri Sembilan Muamalat, Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir dan telah diterima Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr. Harlina Abdul Rashid. Turut hadir Ketua Jabatan Wakaf MAINS, Zainal Said dan Pengurus Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Negeri Sembilan, Mohd. Zailani Mohd. Nor.



Jawatankuasa WNSM telah meluluskan sumbangan 5 unit Patient Transport Trolley dan 10 Unit Oxygen Concentrator jenama Phillips kepada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) dengan jumlah keseluruhan berharga RM 81,500.00. Peralatan ini akan diletakkan di hospital-hospital di Negeri Sembilan yang diwartakan untuk merawat kes Covid-19. Sumbangan ini dibuat berdasarkan situasi semasa kes Covid-19 di Negeri Sembilan di mana majoriti pesakit memerlukan bantuan oksigen.


Diharapkan dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu JKNNS merawat pesakit-pesakit Covid-19 dengan cepat dan berkesan. Usaha ini diperlukan untuk memerangi wabak Covid-19 seterusnya dapat memberi manfaat kepada penduduk Negeri Sembilan. Sokongan berterusan daripada orang ramai membolehkan Wakaf Negeri Sembilan Muamalat tampil membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan memastikan kesejahteraan masyarakat setempat. Semoga negara kita kekal berada di landasan yang betul menuju sifar kes, sekali gus bebas daripada ancaman Covid-19, insya Allah.

 

 

     
         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.