Announcement

Moratorium Penangguhan Pembayaran Pembiayaan

Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa berikutan penularan wabak Novel Coronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat, selaras dengan pengumuman daripada Bank Negara Malaysia, Bank Muamalat kini telah memberikan Moratorium atau menangguhkan pembayaran semula bagi semua pembiayaan sehingga tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020 untuk semua pelanggan dan kakitangan.

Moratorium ini tertakluk untuk semua pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana di Bank Muamalat; mengikut terma dan syarat. Ianya juga hanya tertakluk untuk pembiayaan yang tiada tunggakan melebihi 90 hari sehingga 31 Mac 2020. Secara ringkasnya, tiada pembayaran bulanan yang akan dikenakan sepanjang tempoh Moratorium.

Tetapi, jika Tuan/Puan tidak berminat untuk menyertai Moratorium ini, sila lengkapkan borang “Service Request” di pautan :  Muamalat Service Request Form dan hantar ke feedback@muamalat.com.my untuk tindakan selanjutnya daripada pihak Bank.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan kami di talian 1-300-88-8787 (tempatan) atau 603-2600 5500 (luar negara). Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pusat Khidmat Pelanggan kami beroperasi dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini: FAQ Moratorium Penangguhan Bayaran Pembiayaan

 

Terima kasih.

Locate Our Branches

Find a Bank Muamalat branch
nearby you

Locate Our Branch