Close

Corporate Responsibility

Community

IFTAR Bank Muamalat Bertemakan “Breakfast & Furious 6”

Kuala Lumpur Sabtu, 18 Mei 2019: Majlis Berbuka Puasa anjuran Bank Muamalat Malaysia Berhad berlangsung meriah dengan kehadiran 43 orang anak dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, 25 orang dari Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (kids), 31 orang dari Rumah Bakti Al-Kausar Bangi, 60 orang dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh  Malaysia, 28 orang dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih (House of Love) dan 20 orang dari Autism Nasom bersama keluarga mereka.

Penganjuran majlis yang bertemakan Breakfast & Furious ini sudah memasuki tahun yang ke-6 berturut-turut dengan menyediakan sesi Joyride dari Lotus Official club Malaysia, Lotus Cars MalaysiaBMW Motorride Club Malaysia (BMWMCM) dan kelab ROKEB (Kelab Motor berkuasa tinggi Bank Muamalat) untuk anak-anak yang hadir. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka sesudah menaiki kereta mewah dan motor berkuasa tinggi.

Menurut Dato’ Redza, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat “Kanak-kanak ini seronok dapat datang ke sini untuk berbuka puasa, terutamanya mereka yang pertama kali mendapat peluang berbuka di luar rumah. Apatah lagi diberi kesempatan untuk menaiki kereta mewah dan motor berkuasa tinggi, mereka juga dapat mendekorasi kad raya serta menerima hadiah kuiz dan cabutan bertuah”.

Selain berbuka puasa, para tetamu istimewa turut menerima agihan manisan yang disediakan khas seperti aiskrim goyang, popcorn serta penyerahan duit raya yang disempurnakan oleh isteri-isteri pihak pengurusan Bank Muamalat.

Bank Muamalat sentiasa menghidupkan semangat Ramadan dan berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD3.1950003.0440003.028000
BRUNEI DOLLARBND3.6100003.4530003.442000
CANADIAN DOLLARCAD3.5520003.4280003.411000
SWISS FRANCCHF5.3500005.1220005.104000
EURO EUR5.2860004.9960004.974000
STERLING POUNDGBP6.1140005.8660005.857000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.9850002.7730002.758000
SINGAPORE DOLLARSGD3.6100003.4680003.467000
UNITED STATES DOLLARUSD4.9200004.6680004.651000

2024-04-25 08:47:23