20 November 2025 | Alor Setar – Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui inisiatif Wakaf Selangor Muamalat (WSM) hari ini menyalurkan sumbangan Wakaf berupa empat (4) unit Smart Google TV 65” kepada SMK Tunku Sofiah sebagai usaha menyokong peningkatan fasiliti pembelajaran digital di sekolah tersebut.
Sumbangan dengan nilai keseluruhan RM9,200 ini telah diserahkan oleh Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB, kepada Pengetua SMK Tunku Sofiah, Puan Mariatul Hifthiah binti Ismail.
Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh penggunaan teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), seterusnya membantu pelajar menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, moden dan berkesan.
WSM & BMMB terus komited dalam memperluas manfaat wakaf kepada institusi pendidikan dan komuniti bagi memastikan impaknya dirasai secara menyeluruh serta berterusan.



