10 Disember 2025 | Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya, Selangor: Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui inisiatif Wakaf Selangor Muamalat (WSM) hari ini menyerahkan sumbangan dua (2) unit penghawa dingin kepada Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya sebagai usaha meningkatkan kemudahan pembelajaran sekolah.
Sumbangan bernilai RM14,340 ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB, kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya, En Amir Hamzah Bin Ali.
Sumbangan wakaf ini diharapkan dapat meningkatkan kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif, moden dan selesa, sekaligus menyokong usaha sekolah dalam memperkasa kualiti pendidikan.
Bank Muamalat komited untuk terus membantu para usahawan melalui bimbingan, pembiayaan patuh Syariah, serta program-program pembangunan kapasiti bagi memperkukuh ekosistem halal negara.






