Kunjungan Hormat Ke Pejabat Panglima Angkatan Tentera dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat

29 April 2025, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Panglima Angkatan Tentera serta menyerahkan Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat (WSM) berjumlah RM500,000.00 kepada SK Kem Pengkapal Chepa, Kelantan di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) hari ini.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Azizi Che Seman, Pengerusi WSM bersama YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS dan disambut mesra oleh YBhg. Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaafar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan BMMB serta perbincangan berkenaan Wakaf Tunai melalui potongan gaji oleh anggota tentera Malaysia dengan kerjasama Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT). Wakaf tunai ini juga menumpukan kepada projek Wakaf pendidikan ke atas 38 buah sekolah yang terletak di dalam kem tentera.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Haji Zaharudin Alias Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB, Encik Suhaimi Mat Isa, Pengurus Perhubungan Pelanggan BMMB, Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Hafiz bin Ismail, Pengurus Bahagian Kewangan PWS.

Semoga penyerahan sumbangan dan perjumpaan ini dapat memberi manfaat kepada warga SK Kem Pengkalan Chepa dan membuka ruang kerjasama antara WSM dan ATM bagi memartabatkan institusi wakaf dan ekonomi islam di Malaysia ini.