Majlis Peluncuran Kubah Pengering Solar WSM & Penyerahan Sumbangan Zakat Kepada ASNAF

11 JUN 2025 – BMMB telah melancarkan Kubah Pengering Solar (KPS) di Pasar Nelayan Sungai Yu, Kuala Selangor hasil sumbangan Wakaf Selangor Muamalat(WSM) dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan AIBIM.

Projek bernilai RM140,681 ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 900 nelayan tempatan, memudahkan proses pengeringan hasil laut yang kini hanya mengambil masa 4 hingga 5 jam berbanding kaedah tradisional, di samping mengekalkan kualiti dan nutrien hasil laut serta meningkatkan pendapatan nelayan.

Selain itu, Bank Muamalat turut menyumbang zakat kepada 40 orang asnaf kariah Sungai Yu sebagai tanda sokongan kepada komuniti setempat. Inisiatif ini membuktikan komitmen institusi kewangan Islam dalam memperkasa ekonomi dan sosial masyarakat luar bandar.