Majlis Penyerahan dua Smart Interactive Board Wakaf Selangor Muamalat (WSM)

31 Julai 2025 | SMK Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor (SMKTAR), Majlis Penyerahan dua (2) Smart Interactive Board Wakaf Selangor Muamalat (WSM) telah diadakan di SMK Tuanku Abdul Rahman (SMKTAR) pada 31 Julai 2025 dengan kehadiran Urusetia WSM dari BMMB, Pengetua dan Guru-Guru Penolong Kanan, Pegawai Pendidikan Daerah, pengerusi & Jawankuasa PIBG, Pensyarah Kolej Komuniti Selayang, guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 5.

Majlis penyerahan Wakaf tersebut dan perasmian Sorakan Slogan SMKTAR telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad yang turut menyampaikan cek cura Wakaf Selangor Muamalat berjumlah RM19,380.00 beserta cenderahati kepada Datin Hajah Aliza Mohd Ali, Pengetua SMKTAR sebagai sokongan terhadap inisiatif pendidikan digital.

Semoga Sumbangan dua Wakaf Smart Interactive Board ini dapat mengubah suasana pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih dinamik, interaktif dan menyoronokkan kepada pelajar-pelajar. Papan interaktif ini diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh guru-guru dalam menyampaikan ilmu dengan cara yang lebih kreatif dan menarik, seterusnya merangsang minat dan kefahaman pelajar.

Semoga Allah memberkati dan memberikan ganjaran pahala yang berkekalan kepada para pewakaf tunai WSM.