20 Ogos 2025 | SK Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan: Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Negeri Sembilan Muamalat telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Air Kuning Selatan pada 20 Ogos 2025 dengan kehadiran wakil Bank Muamalat Malaysia Berhad, wakil Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh En. Zulfikri Bin Shuib, Eksekutif Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, kepada Encik Ahmad Nizam Bin Dzulkifli, Pengetua SK Air Kuning Selatan, dan disaksikan oleh Puan Sri Rahayu Binti Sarifin, wakil Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Wakaf Negeri Sembilan Muamalat telah menyumbangkan mesin pencetak, set komputer dan papan putih bernilai RM12,332.00 sebagai sokongan dalam usaha meningkatkan kemudahan pembelajaran di sekolah.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban para pelajar, memperkukuh prasarana pendidikan, serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan kondusif.