Sumbangan Alat Bantu Mengajar Kepada Institut Kejuruteraan Tentera Darat Melalui Wakaf Negeri Sembilan Muamalat

10 September 2025 | Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dengan penuh rasa keprihatinan telah menyerahkan sumbangan Alat Bantu Mengajar bernilai RM16,849.00 kepada Institut Kejuruteraan Tentera Darat melalui inisiatif Wakaf Negeri Sembilan Muamalat.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Puan Srirahayu Binti Sarifin, wakil Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kepada Mej Yushaile Bin Yusof, Ketua Jurulatih Institut Kejuruteraan Tentera Darat, dan disaksikan oleh En. Zulfikri Bin Shuib, Eksekutif Jabatan Kewangan Sosial serta Lt Kol Rosjohnny Bin Md Sharif, Ketua Bahagian Tadbir Institut Kejuruteraan Tentera Darat.
Sumbangan ini bertujuan bagi pembelian Alat Bantu Mengajar untuk kegunaan Institut Kejuruteraan Tentera Darat.

Semoga sumbangan ini membawa keberkatan dan memberi manfaat berterusan kepada para pelatih Tentera Darat dalam bidang kejuruteraan.

#MuamalatCare
#KehidupanLebihBaikBersama