8 Disember 2025 | SMA Al-Ehya Al-Karim, Kampung Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui inisiatif Wakaf Selangor Muamalat (WSM) hari ini menyerahkan sumbangan Wakaf enam (6) unit penghawa dingin kepada SMA Al-Ehya Al-Karim sebagai usaha meningkatkan kemudahan pembelajaran sekolah.
Sumbangan bernilai RM28,500 ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB, kepada Pengetua SMA Al-Ehya Al-Karim, Haji Muhammad Rezel Bin Masah.
Sumbangan wakaf ini diharapkan dapat meningkatkan kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif, moden dan selesa, sekaligus menyokong usaha sekolah dalam memperkasa kualiti pendidikan.
Bank Muamalat melalui WSM terus komited dalam membantu menyedia projek dana wakaf utk sektor pendidikan dan kesihatan.
Semoga Allah memberikan keberkatan dan pahala yang berpanjangan kepada semua para pewakaf yang melaksanakan Wakaf Tunai dengan Bank Muamalat.




