Wakaf Updates

Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan Wakaf Selangor Muamalat kepada Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu

Pada 9 April 2015, satu majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada Wakaf Selangor Muamalat (WSM) kepada Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu telah berlangsung dalam suasana yang ringkas tapi penuh bermakna. Bertempat di dewan Rumah Ehsan, majlis tersebut telah dihadiri oleh Ybhg Ustaz Mohd Hafiz Fauzi, selaku wakil Jawatakuasa Pengurusan Bersama (JPB), wakil sekretariat WSM dari Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor dan beberapa tetamu kehormat yang lain serta kakitangan Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu.

Majlis penyerahan bermula pada jam 11:00 pagi dengan bacaan doa oleh Che Mazlan Che Yusoff daripada Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat BMMB.

Diikuti dengan ucapan oleh Ybhg Ustaz Mohd Hafiz Fauzi. Kemuncak majlis adalah upacara penyerahan peralatan di mana wakil JPB WSM dan sekretariat BMMB, dan PWS telah sama-sama naik ke pentas bagi menyerahkan beberapa peralatan kepada Pengetua Rumah Ehsan. Peralatan yang disumbangkan adalah sebuah troli mandi yang berharga RM 15,160.

Semoga WSM akan terus dinamik dalam mengumpul dana wakaf dalam usaha memberi sumbangan kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, dan budaya.

   
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.