Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB)

 

Objektif


  • Wakaf Muamalat merupakan inisiatif Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam mengutip wakaf tunai daripada orang ramai dan korporat. Dana yang dikutip akan digunakan untuk membeli atau membiayai projek-projek wakaf dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan
  • Untuk mencapai tujuan ini, BMMB bekerjasama dengan majlis agama Islam negeri (MAIN) yang berminat bagi menguruskan dana wakaf dan menentukan projek-projek wakaf yang layak
  • Kerjasama BMMB dengan MAIN adalah melalui penubuhan jawatankuasa pengurusan bersama yang terdiri daripada wakil kedua-kedua pihak dan seorang pengerusi bebas 
  • BMMB memulakan program wakafnya pada tahun 2012 melalui pelancaran Wakaf Selangor Muamalat iaitu kerjasama BMMB dengan Perbadanan Wakaf  Selangor (PWS)  
  • Pada tahun 2017, BMMB menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan. Kerjasama tersebut dinamakan Wakaf Negeri Sembilan Muamalat
  • Seterusnya pada tahun 2018, BMMB berkolaborasi dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan dinamakan Wakaf MAIK Muamalat
  • Melalui kerjasama ini, dana wakaf akan diagihkan ke projek-projek di bawah sektor pendidikan dan kesihatan. Selain itu, sebahagian dana wakaf juga dilaburkan ke projek-projek yang patuh syariah bagi tujuan membesarkan dana    
 
 
 

Setiausaha


  • Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bersama adalah dilantik daripada Setiausaha Korporat BMMB
  • Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB:
    • Bertanggungjawab menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa
    • Menyelaras penyediaan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat untuk setiap mesyuarat
    • Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat yang telah dijalankan
 
 
 

Urusetia Bersama


Urusetia bagi Jawatankuasa ini adalah mewakili kedua-dua pihak iaitu BMMB dan PWS

Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk:
  • Mengumpul kertas-kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berkenanaan;
  • Mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa kepada pihak yang berkepentingan;
  • Sebagai pemudahcara di antara Ahli Jawatankusa dan pihak-pihak yang berkenaan;
  • Untuk memantau dan memastikan perlaksanaan semua keputusan-keputusan Jawatankuasa   Pengurusan Bersama;
  • Membuat laporan-laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Selangor Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa
    dan lain-lain pihak yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad hoc’
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.