Pengenalan


Wakaf Muamalat merupakan kerjasama pengurusan wakaf tunai di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN). Melalui kerjasama ini, Wakaf Muamalat mengutip wakaf tunai daripada orang ramai seterusnya dana tersebut akan disalurkan kepada projek-projek wakaf di bawah sektor pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan ekonomi. Bank Muamalat telah mengikat kerjasama dengan 5 buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, dan Pahang. Negeri-negeri tersebut diwakili oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK), dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).


A) Kesihatan


Wakaf Muamalat merupakan kerjasama pengurusan wakaf tunai di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN). Melalui kerjasama ini, Wakaf Muamalat mengutip wakaf tunai daripada orang ramai seterusnya dana tersebut akan disalurkan kepada projek-projek wakaf di bawah sektor pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan ekonomi. Bank Muamalat telah mengikat kerjasama dengan 5 buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, dan Pahang. Negeri-negeri tersebut diwakili oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK), dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).


B) Pendidikan

Wakaf Muamalat sentiasa menyokong usaha memajukan sektor pendidikan melalui sumbangannya kepada institusi-institusi pendidikan di seluruh negara. Sumbangan peralatan pendidikan yang berkualiti memberi suasana yang kondusif kepada murid-murid dalam menuntut ilmu. Selain pelajar, para guru dapat memberi khidmat pendidikan dengan lebih bersemangat seterusnya dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pendidikan negara. Justeru, Wakaf Muamalat komited memberikan sumbangannya kepada projek-projek pendidikan melalui projek membaiki bangunan sekolah, sumbangan van dan kelengkapan makmal sekolah, dan sebagainya.


C) Pemerkasaan Ekonomi


Wakaf Muamalat turut menyalurkan dana kepada projek atau program di bawah sektor pemerkasaan ekonomi. Sumbangan wakaf kepada kemakmuran ekonomi negara telah diperkenalkan sejak dari era pemerintahan Uthmaniyyah. Banyak projek pembangunan negara pada zaman itu dilestarikan dengan konsep wakaf. Mengambil kira daripada rekod ini, Wakaf Muamalat turut menjadikan pemerkasaan ekonomi sebagai salah satu agenda sumbangan mereka.


Wakaf Dalam Islam


Wakaf adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab ‘waqafa’ yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai.

Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah SWT dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

 

 

 

   

Penggunaan Dana Wakaf


- Pembangunan infrastruktur kesihatan & pendidikan
- Pembiayaan peralatan kesihatan & pendidikan
- Kos rawatan kesihatan & yuran/biasiswa pendidikan
- Dana penyelidikan kesihatan & pendidikan
- Penjanaan dana melalui pelaburan yang dibenarkan.

Nota:
• Setiap sumbangan wakaf tunai ke perkhidmatan WSM
  adalah tanpa caj/kos perkhidmatan
• Kos operasi JPB dan kos promosi WSM ditanggung sepenuhnya
  oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad

           

Cara Berwakaf


Pelanggan boleh berwakaf melalui :

  • Kaunter
  • Hibah daripada pelanggan Akaun Wadi’ah BMMB
  • Arahan pembayaran berkala (PPI)
  • Tunai
  • Debit daripada akaun simpanan atau semasa
  • Cek dalaman/ tempatan

   
           


       


Faedah Berwakaf


Pelepasan Cukai :

  • Individu : 7%
  • Syarikat : 10%


Sumbangan derma diberi pelepasan Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6/5621) (No. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004)

Dalil Pensyariatan Wakaf


Wakaf merupakan suatu amalan yang telah disyariatkan, bahkan ia adalah salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah.

Antara dalil wahyu yang menjadi asas sandaran kepada pensyariatan amalan berwakaf ialah firman Allah S.W.T:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Mengetahuinya.”
(Surah Ali `Imran: 92)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang anak Adam mati, segala amalannya terputus, kecuali tiga perkara: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”.
(Riwayat Muslim)

“Sedekah jariah” di dalam hadis ini, ditafsirkan oleh para ulama’ sebagai wakaf.

Kenyataan Fatwa


Jumhur Ulama’ iaitu Mazhab Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki mengharuskan Wakaf Harta Alih berasaskan kepada kenyataan bahawa semua harta yang harus dijual dan boleh mendatangkan manfaat dan kekal zatnya, maka boleh diwakafkan.

Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.(Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)

Hasil daripada Saham Wakaf Selangor (Wakaf Selangor Muamalat) hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang Manfaat Wakaf Selangor (Wakaf Selangor Muamalat) boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh MAIS.

(Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006)

Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.