Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB)

 

Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf Selangor Muamalat


  • Dianggotai oleh 6 orang wakil masing-masing 3 daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan 3 daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).
  • JPB ini akan dipantau oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
  • Antara bidangkuasa JPB adalah menentukan penyaluran  dana wakaf kepada projek wakaf yang telah dipersetujui, membantu golongan yang memerlukan bagi tujuan pendidikan dan kesihatan,  melaburkan semula manfaat wakaf yang telah diterima dan sebagainya.
  • Carta organisasi JPB adalah seperti berikut:



    Vacant
    Pengerusi

    YBhg. Tn. Haji Azizi bin Che Seman
    Pengerusi Jawatankuasa Syariah BMMB

    Mohd Izuwan Mahyudin
    Ketua Jabatan
    Shariah BMMB



    YAD Dato' Setia
    Haji Mohd Tamyes b. Abdul Wahid

    Ahli Lembaga Pengarah
    PWS

    YM Datin Paduka Ungku
    Arfah bt Ungku Tahir

    Ahli Lembaga Pengarah
    PWS

    En. Anuar Hamzah Tohar
    Timbalan Ketua Pegawai
    Eksekutif PWS



 
 
 

Setiausaha


  • Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bersama adalah dilantik daripada Setiausaha Korporat BMMB
  • Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB:
    • Bertanggungjawab menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa
    • Menyelaras penyediaan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat untuk setiap mesyuarat
    • Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat yang telah dijalankan
 
 
 

Urusetia Bersama


Urusetia bagi Jawatankuasa ini adalah mewakili kedua-dua pihak iaitu BMMB dan PWS

Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk:
  • Mengumpul kertas-kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berkenanaan;
  • Mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa kepada pihak yang berkepentingan;
  • Sebagai pemudahcara di antara Ahli Jawatankusa dan pihak-pihak yang berkenaan;
  • Untuk memantau dan memastikan perlaksanaan semua keputusan-keputusan Jawatankuasa   Pengurusan Bersama;
  • Membuat laporan-laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Selangor Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa
    dan lain-lain pihak yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad hoc’
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.