Wakaf Updates

Lawatan WSM ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultanal Hasanal Bolkiah

Pada 12 Januari 2016, ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf Selangor Muamalat (WSM) beserta Sekretariat Wakaf Selangor Muamalat telah mengadakan lawatan tinjauan ke Institut Tahfiz Al Quran Sultananal Hasanal Bolkiah (ITQSHHB), di Brunei Darussalam. Objektif lawatan ialah untuk melihat dan mempelajari aspek pembangunan, pengurusan dan silibus sekolah untuk dijadikan panduan kepada WSM yang bercadang menubuhkan sebuah sekolah agama bestari berasaskan wakaf pada satu hari nanti, insyaa Allah.

ITQSHHB yang melaksanakan sistem dual pendidikan iaitu Tahfiz dan Akademik telah berjaya melahirkan 36 huffaz (penghafal-penghafal al-Quran) sejak penubuhan pada 1993. Pada tahun 2013, pihak Institut telah mendapat anugerah maahad tahfiz terbaik dunia oleh kerajaan Arab Saudi. Kemudahan infrastruktur sekolah amat baik kerana mendapat bantuan awal daripada YM Sultan Brunei yang mana kemudiannya mendapat peruntukan tahunan daripada Kementerian Pendidikan Brunei.




Wakil daripada Ybhg Tan Sri Dato Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad (pengerusi),dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama WSM, iaitu Sahibul Samahah Dato Setia Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid (Mufti Selangor), Ybhg En. Abu Bakar Yang (CEO Perbadanan Wakaf Selangor), Ybhg Ust. Tn Hj Azizi Che Seman (Pengerusi Jawatankuasa Shariah BMMB), Ust Mohd Hafiz Hj Fauzi (Ketua Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat, BMMB) dan Sekretariat WSM.

Lawatan ahli rombongan WSM ke Brunei telah dibiayai sepenuhya oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

   
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.