Wakaf Updates

Lawatan meninjau kegiatan dakwah & kemasyarakatan pusat dakwah serantau sabah

Pada 13 Januari 2016, wakil Wakaf Selangor Muamalat telah melakukan lawatan tinjauan program dakwah dan kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh NGO Yayasan Amal Malaysia melalui jabatannya Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Kampong Tohan Baru, Keningau. Ini berikutan dengan kelulusan WSM sebanyak RM994,500 bagi membiayai 1 aras (tingkat) bangunan Kompleks PDS yang sedang dibina di Kampong Labohan Dagang, Sepang.

Di Kampong Tohan Baru, Keningau, PDS Sabah telah mendirikan sebuah surau dan sedang menyiapkan ruang kelas tadika Islam untuk anak-anak masyarakat tempatan. Bersempena dengan kehadiran wakil WSM di Sabah, PDS Sabah telah mengadakan majlis perasmian Tadika Hidayah Yayasan Amal, dan telah disempurnakan oleh Ybhg. Tan Sri Dato Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi WSM.


PDS telah pun mengenalpasti dae’iyah (muslimat) untuk mengendali tadika berkenaan. Daei’yah ini merupakan anak tempatan yang telah lulus kursus daei selama 1 tahun 6 bulan di Pusat Latihan PDS sementara yang bertempat di Bangi, Selangor. Dengan adanya Tadika Hidayah ini, anak-anak masyarakat akan dapat mempelajari ilmu agama dan akademik asas yang akan membantu mereka membangunkan masyarakat kampung serta menyuburkan Islam di Kampong Tohan Baru.

Lawatan ahli rombongan WSM ke Brunei telah dibiayai sepenuhya oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

   
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.