Wakaf Updates

Sumbangan van wakaf kepada Hidayah Centre Sabah

Alhamdulillah, Wakaf Selangor Muamalat (WSM) kini telah melebarkan sumbangan wakafnya sehingga ke Sabah dengan penyerahan sebuah van bernilai RM 110,650 kepada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Hidayah Centre Sabah di Kota Kinabalu pada 13 Januari 2016.Sumbangan ini akan membantu bagi mempermudahkan urusan dan pengangkutan saudara baru ke kelas bimbingan Hidayah Centre Sabah dalam memahami dan menghayati Islam dengan baik. Sejak penubuhannya pada 2012, Hidayah Centre Sabah telah berjaya membimbing 300 saudara baru menerusi 6 pusatnya di seluruh Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Papar, Bundu Tuhan, Keningau, Kota Marudu, dan Pagalungan.

Lawatan ahli rombongan WSM ke Brunei telah dibiayai sepenuhya oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

 

   
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.