Wakaf Updates

WAKAF SELANGOR MUAMALAT MENYUMBANG KEPADA PUSAT PERUBATAN UITM SUNGAI BULOH

Sungai Buloh, Khamis 21 November: Sungai Buloh Selangor, Khamis 21 November: Wakaf Selangor Muamalat hari ini memberi sumbangan sebuah mesin dialisis yang berharga RM70,000 kepada Pusat Perubatan UITM Sungai Buloh. Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad telah menyerahkan simbolik sumbangan kepada Prof. Dr. Mohd Zamrin bin Dimon, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara. Turut hadir ke majlis tersebut Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat dan beberapa kakitangan fakulti perubatan UiTM.

Majlis penyerahan dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Prof. Dr. Mohd Zamrin bin Dimon. Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Wakaf Selangor Muamalat atas sumbangan mesin dialisis ini.

Majlis disusuli dengan ucapan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Abd Rahman Arshad. Beliau berkata, “sumbangan ini mengambil kira komitmen PPUiTM memberi rawatan kepada pesakit, lebih-lebih lagi pesakit dari golongan B40. Beliau berharap fakulti perubatan UiTM memanfaatkan mesin dialisis ini dengan memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit.  Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyerahan simbolik sumbangan, tayangan slaid daripada Dr Mohd Iqbal bin Abd Hafidz, pensyarah kanan (nefrologi) PPUiTM. Kemudian, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama dibawa melawat wad dialisis di situ. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari.

Wakaf Selangor Muamalat adalah program kutipan dan agihan dana wakaf tunai yang telah dilancarkan pada 27 September 2012. Ia merupakan satu perkhidmatan yang ditubuhkan dari usahasama di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Wakaf Selangor. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan Bank serta orang awam untuk berwakaf. Sumbangan wakaf ini akan diagihkan kepada dua sektor iaitu pendidikan dan kesihatan. Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf. Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya di Malaysia telah mengumpul dan menguruskan dana wakaf bersama-sama dengan Perbadanan Wakaf Selangor. Para penyumbang dana ini layak mendapat potongan cukai 7% dari pendapatan agregat individu dan 10% bagi korporat.

 

     
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.