Wakaf Updates

Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malysia (PKU)

September 2020 - Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang sebuah kerusi pergigian kepada Pusat Kesihatan UKM.

Jawatankuasa WSM telah menyumbangkan sebuah kerusi pergigian berjenama Sirona Intego TS Dental Treatment daripada Medi-life kepada Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malysia (PKU) yang berharga RM 99, 000.

Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PKU) merupakan pusat kesihatan UKM di kampus Bangi, Selangor yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada pelajar, pekerja dan warga awam yang datang secara “walk-in” dari luar kampus. Selain itu, PKU juga menyediakan perkhidmatan rawatan gigi secara percuma kepada semua warga termasuklah dari sekitar kawasan Bangi.


Pusat ini mempunyai 3 buah kerusi yang sedia ada tetapi berada dalam keadaan yang sangat uzur dan kritikal disebabkan umur kerusi pergigian tersebut telah pun mencecah 20 tahun.

Menurut En. Kaharuddin daripada Yayasan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, kerusi tersebut telah pun diuji kefungsiaannya dan ianya berfungsi dengan baik. Pihak PKU merakamkan ribuan terima kasih diatas sumbangan tersebut dan menyatakan hasrat agar hubungan kerjasama ini akan terus dieratkan dari semasa ke semasa.

Diharapkan dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan PKU dalam memenuhi niat murni mereka melalui perkhidmatan rawatan gigi secara percuma dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar, pekerja mahupun warga awam di sekitar kawasan Bangi.

Wakaf Selangor Muamalat telah ditubuhkan pada September 2012. Sejak penubuhannya, WSM telah menyumbang lebih dari 98 buah aset pendidikan dan kesihatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,295,778.74 kepada mereka yang memerlukan di seluruh negara.

 

 

   
         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.