Wakaf Updates

Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat untuk Membendung Pandemik Covid-19

Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang RM369,200 Wakaf Selangor Muamalat telah memberi sumbangan berjumlah RM369,200.00 kepada 18 buah hospital terpilih di Malaysia. Sumbangan tersebut merangkumi peralatan perubatan seperti mesinĀ syringe pump, topeng muka N95 dan set peralatan perlindungan diri (PPE) untuk dimanfaatkan petugas barisan hadapan kesihatan dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Penularan wabak koronavirus (Covid-19) telah menyebabkan pekerja kesihatan dan anggota penguat kuasa terpaksa berhadapan dengan peperangan untuk mengawal pandemik ini. Sumbangan keperluan ini dapat dimanfaatkan oleh petugas barisan hadapan kesihatan dalam menangani penularan wabak COVID-19. Senarai hospital yang menerima sumbangan Wakaf Selangor Muamalat adalah seperti berikut:

 

  1. Hospital Sg Buloh, Selangor
  2. Hospital Selayang, Selangor
  3. Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
  4. Hospital Serdang, Selangor
  5. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak
  6. Hospital Kuala Krai, Kelantan
  7. Hospital Tawau, Sabah
  8. Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah
  9. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
  10. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang
  11. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
  12. Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM Cheras, Kuala Lumpur
  13. Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  14. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
  15. Hospital Tanah Merah, Kelantan
  16. Pusat Perubatan IIUM, Kuantan, Pahang
  17. Hospital Kajang, Selangor
  18. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan

Sokongan berterusan daripada kakitangan BMMB dan orang ramai membolehkan Wakaf Selangor Muamalat tampil membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan memastikan kesejahteraan masyarakat setempat. Semoga negara kita kekal berada di landasan yang betul menuju sifar kes, sekali gus bebas daripada ancaman Covid-19, insya Allah.

 

 

         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.