Wakaf Updates

WAKAF NEGERI SEMBILAN MUAMALAT MENYUMBANG KEPADA KLINIK PAKAR KESIHATAN USIM

Seremban, Isnin 24 Februari: Wakaf Negeri Sembilan Muamalat hari ini memberi sumbangan beberapa peralatan mesin perubatan yang berharga lebih kurang RM 130,486.70 kepada Klinik Pakar Kesihatan USIM. Pengerusi Wakaf Negeri Sembilan Muamalat, Dato Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir telah menyerahkan simbolik sumbangan kepada Prof Dr Muhammad Shamsir Bin Mohd Aris, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Healthcare Sdn Bhd. Turut hadir ke majlis tersebut Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Negeri Sembilan Muamalat dan beberapa kakitangan KPKU.

Majlis penyerahan dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Prof Dr Muhammad Shamsir Bin Mohd Aris. Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Wakaf Negeri Sembilan Muamalat atas sumbangan peralatan ini.

.

 

Majlis disusuli dengan ucapan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Negeri Sembilan Muamalat, Dato Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir. Beliau berharap KPKU dapat memanfaatkan mesin dialisis ini dengan memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit.  Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyerahan simbolik sumbangan dan pertukaran momento. Kemudian, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama dibawa melawat wad dialisis di situ. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari.

Wakaf Negeri Sembilan Muamalat adalah program kutipan dan agihan dana wakaf tunai yang telah dilancarkan pada Jun 2017. Ia merupakan satu perkhidmatan yang ditubuhkan dari usahasama di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan Bank serta orang awam untuk berwakaf. Sumbangan wakaf ini akan diagihkan kepada dua sektor iaitu pendidikan dan kesihatan. Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf. Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya di Malaysia telah mengumpul dan menguruskan dana wakaf bersama-sama dengan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan.

 

         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.