Wakaf Updates

WAKAF SELANGOR MUAMALAT MENYUMBANG KEPADA HOSPITAL SERDANG

Serdang Selangor, Khamis 26 Februari: Wakaf Selangor Muamalat hari ini memberi sumbangan sebuah mesin mengesan batu karang yang berharga RM125,120 kepada Hospital Serdang. Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad telah menyerahkan simbolik sumbangan kepada Dr Saiful Azli Bin Mohd Zainuddin Pakar Perunding & Ketua Jabatan Urologi Hospital Serdang. Turut hadir ke majlis tersebut Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat dan beberapa kakitangan Hospital Serdang.

Majlis penyerahan dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Dr Md Fikri Bin Abu Bakar Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Serdang.

 

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Wakaf Selangor Muamalat atas sumbangan mesin ini. Majlis disusuli dengan ucapan dari Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat iaitu Encik Mohd Hafiz Fauzi. Beliau berkata, “sumbangan ini mengambil kira komitmen Hospital Serdang yang memberi rawatan kepada pesakit. Beliau berharap pihak hospital dapat memanfaatkan mesin ini dengan memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit.  Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyerahan simbolik sumbangan Kemudian, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama dibawa melawat wad di situ. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari.

Wakaf Selangor Muamalat adalah program kutipan dan agihan dana wakaf tunai yang telah dilancarkan pada 27 September 2012. Ia merupakan satu perkhidmatan yang ditubuhkan dari usahasama di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Perbadanan Wakaf Selangor. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan Bank serta orang awam untuk berwakaf. Sumbangan wakaf ini akan diagihkan kepada dua sektor iaitu pendidikan dan kesihatan. Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf. Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya di Malaysia telah mengumpul dan menguruskan dana wakaf bersama-sama dengan Perbadanan Wakaf Selangor. Para penyumbang dana ini layak mendapat potongan cukai 7% dari pendapatan agregat individu dan 10% bagi korporat.

 

         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.