Wakaf Updates

WAKAF MAIK MUAMALAT MENYUMBANG VAN KEPADA 3 BUAH INSTITUSI PENDIDIKAN DI KELANTAN

Julai 2021 - Wakaf MAIK Muamalat (WMM) telah menyumbang 3 buah van untuk diberikan kepada kepada Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Bachok, Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, Kota Bharu dan Madrasah ad-Diniah al-Bakriah Pasir Tumboh (Pondok Pasir Tumboh).

Majlis penyerahan van tersebut telah diadakan secara ringkas di Kota Bharu yang dihadiri oleh Encik Nik Mohd Hashim Abd Hamid, wakil Jawatankuasa Pengurusan Bersama WMM dan Puan Shakirah Bt Mohamad, Urusetia WMM.

En Nik Mohd Hashim berkata, pemberian van ini dapat memudahkan pihak sekolah dalam menguruskan aktiviti akademik dan ko-kurikulum pelajar. Beliau menambah, pihak Jawatankuasa berharap sumbangan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar dan di masa yang sama edikit sebanyak dapat membantu

memudahkan dan melancarkan segala urusan pihak sekolah sehari-hari dan seterusnya dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan.

Wakaf bukanlah amalan sosial semata-mata namun ia adalah sebuah ibadah yang dipandang mulia di sisi Allah. Ibadah wakaf apabila disuburkan akan meningkatkan ekonomi komuniti manakala orang yang berwakaf akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT. 

 

 

 
         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.