Wakaf Updates

WAKAF NEGERI SEMBILAN MUAMALAT MENYUMBANG SEBUAH BAS KEPADA SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU.

SEREMBAN, 24 MAC: Wakaf Negeri Sembilan Muamalat telah menyumbangkan sebahagian kos bas sekolah kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan sebanyak RM92,000.

Wakaf Negeri Sembilan Muamalat merupakan kerjasama kutipan dan pengurusan wakaf tunai di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Majlis Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MAINS Dato’ Sri Dr Ab Aziz Sheikh Abdul Kadir kepada pengetua Sekolah, Ustaz Samzini bin Abdullah. Turut hadir, wakil pengurusan Bank Muamalat dan MAINS.

Semoga sumbangan ini dapat membantu pelajar-pelajar Sekolah ini menikmati pendidikan yang lebih berkualiti.

 

         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.