Wakaf Updates

WAKAF NEGERI SEMBILAN MUAMALAT MENYUMBANG KELENGKAPAN MAKMAL DIGITAL S.K KUNDOR

REMBAU, 6 DIS: Wakaf Negeri Sembilan Muamalat telah menyumbangkan kelengkapan makmal digital kepada Sekolah Kebangsaan Kundor, Negeri Sembilan yang bernilai RM50,000.

Wakaf Negeri Sembilan Muamalat merupakan kerjasama kutipan dan pengurusan wakaf tunai di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan bersama oleh En Mohd Azim bin Mohd Saufi, pengurus Jabatan Kewangan Sosial dan Puan Izzati Adnan, wakil Jabatan wakaf MAINS kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kundor. Turut hadir, wakil Jabatan Kewangan Sosial selaku Urusetia Wakaf Negeri Sembilan Muamalat.

Semoga sumbangan ini dapat membantu pelajar-pelajar Sekolah ini menikmati pendidikan yang lebih berkualiti.

 

         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.