Wakaf Updates

WAKAF NEGERI SEMBILAN MUAMALAT MENYUMBANG VAN SEKOLAH KEPADA SEKOLAH MENENGAH SAINS KUALA PILAH.

KUALA PILAH, 15 FEB: Wakaf Negeri Sembilan Muamalat telah menyumbangkan sebahagian kos van sekolah kepada Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebanyak RM49,000.

Wakaf Negeri Sembilan Muamalat merupakan kerjasama kutipan dan pengurusan wakaf tunai di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Majlis Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha MAINS Ustaz Zainal bin Said kepada pemangku pengetua Sekolah, En Ibnorizam Ibrahim. Turut hadir, Pengurus Bank Muamalat cawangan Seremban, En Mohd Zailani Mohamad Nor dan wakil Jabatan Kewangan Sosial.

Semoga sumbangan ini dapat membantu pelajar-pelajar Sekolah ini menikmati pendidikan yang lebih berkualiti.

 

 

         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.