Wakaf Updates

WAKAF SELANGOR MUAMALAT MENYUMBANG HOSE REEL KEPADA MAAHAD ILHYA AL-AHMADI, BANTING

SHAH ALAM, 29 NOV: Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbangkan hose reel kepada asrama putera Maahad Ihya’ Ahmadi, Banting, Selangor yang bernilai RM36,180.

Wakaf Selangor Muamalat merupakan kerjasama kutipan dan pengurusan wakaf tunai di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Majlis Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Ustaz Anuar Hamzah bin Tohar kepada Pengetua Maahad Ihya’ Al Ahmadi Ustaz Hazren Ahmad. Turut hadir, wakil Jabatan Kewangan Sosial selaku Urusetia Wakaf Selangor Muamalat.

Semoga sumbangan ini dapat meningkatkan pengurusan Maahad ini seterusnya membantu pelajar-pelajar menikmati pendidikan yang lebih berkualiti.

 

         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.