Wakaf Updates

PENYERAHAN SUMBANGAN 5 BUAH MESIN CTG (CARDIOTOCOGRAPHY) KEPADA HOSPITAL SELAYANG.

SELAYANG, 11 MAC - Wakaf Selangor Muamalat (WSM) usahasama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyumbang 5 buah mesin CTG (Cardiotocography) yang bernilai RM120,000.

Fungsi mesin ini adalah untuk memantau denyutan jantung bayi sebagai salah satu cara untuk memeriksa kesejahteraan bayi semasa proses bersalin.

Majlis penyerahan sumbangan cek cura telah disempurnakan oleh Tn Haji Muhamad Radzuan Ab Rahman, Ketua Operasi Perbankan, BMMB merangkap Ahli Jawatankuasa WSM kepada Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang. Semoga sumbangan ini akan memberi manfaat kepada pesakit-pesakit di hospital selayang

         
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.