Wakaf Updates

Wakaf Selangor Muamalat Terima Sumbangan Wakaf RM50,000 Daripada MAA Takaful

Kuala Lumpur, Selasa 9 Julai: Wakaf Selangor Muamalat menerima sumbangan wakaf sebanyak RM50,000 daripada MAA Takaful Berhad hari ini. Satu majlis penyerahan ‘mock cheque’ telah diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. En. Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif MAA Takaful telah menyerahkan ‘mock cheque’ kepada Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad. Turut hadir untuk menyerikan majlis ialah pihak pengurusan MAA Takaful dan Bank Muamalat.

Wakaf Selangor Muamalat, satu lagi perkhidmatan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya dan orang awam, adalah usahasama yang strategik di antara Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya yang luas di negara ini akan mengumpul dan menguruskan dana waqaf bersama-sama dengan PWS.

Di dalam ucapan Dato’ Haji Mohd Redza Shah, beliau berkata ‘Sejak kami melancarkan Wakaf Selangor Muamalat (WSM) pada 27 September 2012, WSM setakat ini telah mengumpul dana sebanyak RM2,148,937.22.’

Katanya lagi ‘Diantara projek-projek yang telah dilaksanakan oleh WSM ialah memberi bantuan peralatan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh yang berjumlah RM37,030 dan memberi sumbangan peralatan barangan untuk Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Ulumuddin Sungai Besar yang berjumlah RM43,100.’

Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Arshad telah dilantik sebagai Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat. Dana-dana ini akan disalurkan ke arah penambahbaikan dan pembangunan kesihatan dan pendidikan. Sumbangan dana ini adalah layak untuk potongan cukai sebanyak 7% dan 10% daripada pendapatan agregat seseorang individu atau korporat.

       
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.