Wakaf Updates

Majlis penyerahan sumbangan wakaf Kepada Sekolah Rendah Agama (SRA), Kampung Perepat, Klang

28 November 2013 - Satu majlis penyerahan sumbangan wakaf telah diadakan di pejabat Perbadanan Wakaf Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Sumbangan berupa 250 naskah Al-Quran dan 250 naskah Buku IQRA, bernilai RM4,500 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA), Kampung Perepat, Klang. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Panglima, Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat berupa ‘mock cheque’ kepada Tn Hj Sulaiman Zainuddin, selaku guru besar sekolah agama tersebut. Majlis telah disaksikan oleh wakil-wakil dari kedua belah pihak.

Sekolah Rendah Agama, Kg Perepat ini terletak di kawasan perkampung dengan jarak jauh dari jalan utama.

Kebanyakkan murid-murid yang mendapat pendidikan di sekolah ini berlatarbelakangkan keluarga yang kurang berkemampuan dan ada di antara mereka merupakan anak-anak yatim.Dengan berbekalkan dari sumbangan wakaf ini, ia dapat meringankan bebanan pihak sekolah serta memudahkan proses pengajian agama dikalangan murid-murid di sekolah ini. Semoga dengan sumbangan ini akan dimanfaatkan oleh murid-murid tanpa mengira latarbelakang keluarga.

Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.