Wakaf Updates

Program Taklimat dan Ceramah Wakaf Selangor Muamalat bersama Felda Holdings Bhd

25 Sept 2013 – Unit Wakaf, Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menganjurkan program taklimat dan ceramah Wakaf Selangor Muamalat bersama pihak pengurusan dan kakitangan Felda Holdings Bhd di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Kuala Lumpur. Taklimat ini dianjurkan atas inisiatif dari Muamalat Invest Sdn Bhd (MISB) dan mendapat kerjasama dari Pihak Pejabat Kawasan Wilayah Persekutuan dan wakil-wakil dari cawangan terpilih.

Program dimulakan dengan taklimat dari Ketua Unit Wakaf Tn. Hj. Che Mazlan Che Yusoff berkaitan latar belakang dan perkembangan terkini perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat dan kemudiannya diteruskan dengan ceramah daripada Dr.Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri berkisar tentang hakikat kebahagian kehidupan dengan amalan berwakaf.

Dianggarkan kehadiran seramai hampir 400 orang dan sambutan yang diterima amat menggalakkan berdasarkan dari kunjungan dan pertanyaan dari kakitangan Felda Holdings Bhd di meja pameran Wakaf Selangor Muamalat.

     
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.