Wakaf Updates

Program Wakaf, Cawangan Taman Melawati

Bank Muamalat Malaysia Berhad, Cawangan Taman Melawati dengan usahasama Masjid Usamah bin Zaid telah menganjurkan Program Wakaf pada 27hb September 2013 di Perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan masyarakat tentang wakaf serta keperluannya disamping mempromosikan perkhidmatan dan produk Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Program bermula jam 12.00 tengahari dengan ketibaan wakil dari Jabatan Syariah, Pengurus Kawasan-Wilayah Persekutuan, kakitangan Bahagian Jualan Cawangan Taman Segar, Pengurus dan kakitangan Bahagian Jualan Cawangan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Pengurus dan kakitangan Cawangan Taman Melawati.

Program Ceramah bertajuk ‘Wakaf dan Riba’ telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz Akhimullah Roslan, wakil Jabatan Syariah.Sejurus selepas itu, khutbah Jumaat dan solat Jumaat disampaikan oleh Ustaz Mursyidi bin Abdul Hamid, Ketua Imam Masjid Usamah bin Zaid. Jamuan Makan Tengahari turut diadakan disamping sessi suai kenal bersama Ahli Jawatankuasa Masjid, Jabatan Syariah dan kakitangan Cawangan Taman Melawati. Dalam masa yang sama, kakitangan yang bertugas mula mengedarkan risalah-risalah produk kepada jemaah yang hadir.

Sambutan dan maklum balas yang diterima dari jemaah amat menggalakkan dan membuka minda jemaah yang hadir mengenai amalan berwakaf. Bagi yang berminat, mereka bercadang untuk ke Cawangan Taman Melawati dan cawangan berdekatan bagi tujuan berwakaf.

   
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.