Wakaf Updates

Taklimat Wakaf Selangor Muamalat di LATAR

6 Mac 2013 - Unit Wakaf, Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad telah dijemput untuk memberi taklimat berkenaan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat bertempat di Kompleks Operasi KL Kuala Selangor Expressway Bhd (LATAR). Taklimat ini dianjurkan atas inisiatif Cawangan Rawang dan Pejabat Kawasan Selangor dan Negeri Sembilan bersempena majlis perhimpunan kakitangan LATAR.

Ketua Unit Wakaf Tn. Hj. Che Mazlan Che Yusoff telah menyampaikan taklimat tersebut dan dianggarkan seramai hampir 80 orang kakitangan LATAR telah menghadiri taklimat tersebut. Selain daripada itu, cawangan Rawang juga telah membuka kaunter pameran dan penerangan. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan pada akhir majlis taklimat tersebut, sebanyak 33 permohonan potongan dari akaun secara berkala (PPI- periodical payment instruction) untuk wakaf telah diterima daripada kakitangan LATAR.

     
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.