Wakaf Updates

 


Wakaf Selangor Muamalat Menyumbang Sebuah Van Kepada Madrasah Uthmaniah

 

6 Mac 2013 - Unit Wakaf, Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad telah dijemput untuk memberi taklimat berkenaan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat bertempat di Kompleks Operasi KL Kuala Selangor Expressway Bhd (LATAR). Taklimat ini dianjurkan atas inisiatif Cawangan Rawang dan Pejabat Kawasan Selangor dan Negeri Sembilan bersempena majlis perhimpunan kakitangan LATAR.

Ketua Unit Wakaf Tn. Hj. Che Mazlan Che Yusoff telah menyampaikan taklimat tersebut dan dianggarkan seramai hampir 80 orang kakitangan LATAR telah menghadiri taklimat tersebut. Selain daripada itu, cawangan Rawang juga telah membuka kaunter pameran dan penerangan. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan pada akhir majlis taklimat tersebut, sebanyak 33 permohonan potongan dari akaun secara berkala (PPI- periodical payment instruction) untuk wakaf telah diterima daripada kakitangan LATAR.

Wakaf Selangor Muamalat merupakan perkhidmatan berasaskan konsep wakaf oleh Bank Muamalat yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya dan orang awam untuk berwakaf. Perkhidmatan ini adalah usahasama yang strategik di antara Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) melalui rangkaian cawangannya di negara ini, bertanggungjawab bukan sekadar mengumpul malahan menguruskan dana wakaf bersama- sama dengan PWS.

Madrasah Uthmaniah merupakan sebuah sekolah agama rakyat (SAR) yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Sekolah ini mengendalikan aktiviti pendidikan Islam dari peringkat pra sekolah (Taski), Sekolah Rendah Islam (SERI), kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain, dan juga sekolah agama hujung minggu. Pelajar-pelajar sekolah ini mengikuti kurikulum kebangsaan Kementerian Pendidikan dan mengikuti peperiksaan awam dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebuah van pengangkutan bernilai hampir RM80,000.00 disumbangkan bagi memenuhi keperluan sekolah ini.

Dalam ucapannya, Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad berkata, “Dengan kos yang sentiasa meningkat, sekolah persendirian dan pusat pengajian seperti ini sangat memerlukan sumbangan bantuan dari segi kos pengurusan, operasi, dan peralatan pembelajaran. Melihat kepada situasi ini, pihak Wakaf Selangor Muamalat berasa terpanggil untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya serta amanah para pewakaf, membantu golongan ini dalam memastikan anak bangsa mendapat pendidikan akademik dan agama yang sempurna .”

“Sehingga September tahun ini, Wakaf Selangor Muamalat telah melulus dan menyumbang sebanyak RM 3,452,972.80 pada sektor pendidikan, kesihatan dan juga pelaburan. Sumbangan juga telah disalurkan kepada pemohon di dalam Selangor dan di luar Selangor. Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat tidak terhad kepada umat Islam sahaja. Malah sumbangan ini turut boleh dimanfaatkan oleh golongan bukan Islam. Atas sokongan yang diterima hingga kini akan perkhidmatan wakaf ini, diharapkan agar perancangan bagi menubuhkan pusat pendidikan dan kesihatan wakaf menjadi kenyataan”.Katanya lagi.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Arshad telah dilantik sebagai Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat. Dana-dana ini akan disalurkan ke arah penambahbaikan dan pembangunan kesihatan dan pendidikan. Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf. Para penyumbang bagi dana ini adalah layak mendapat potongan cukai sebanyak 7% dan 10% daripada pendapatan agregat seseorang individu atau korporat.

Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.