Wakaf Updates

Wakaf Selangor Muamalat Menyumbang Sebuah Tangki Simpanan Nitrogen Kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

Cheras, Kuala Lumpur, Khamis 27 Nov : Wakaf Selangor Muamalat memberi sumbangan sebuah Tangki Simpanan Nitrogen kepada Majlis Kanser National (MAKNA) yang terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Prof Dato’ Dr Raymond Azman Ali, Pengarah dan Dekan Pusat Perubatan UKM MAKNA menerima sumbangan tersebut daripada Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd. Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat.

Wakaf Selangor Muamalat adalah satu perkhidmatan yang ditubuhkan dari usahasama di antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya serta orang awam dari dua sudut iaitu dalam bidang pendidikan dan perubatan. Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya di Malaysia telah mengumpul dan menguruskan dana wakaf bersama-sama dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Satu lagi projek yang telah diluluskan oleh Dengan pemberian mesin simpanan ini, secara tidak langsung pihak perubatan dapat menempatkan lebih banyak lagi bekalan sel stem khususnya bagi pesakit kanser yang memerlukan.

MAKNA (Majlis Kanser Nasional) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dibawah Pertubuhan pada 10 November 1994. Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat (WSM) telah bersetuju untuk menyumbangkan sebuah Tangki Simpanan Nitrogen yang bernilai RM99,600 kepada Majlis Kanser National (MAKNA), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur. Sumbangan ini dibuat atas keperluan kepada peralatan ini yang digunakan bagi menyimpan bekalan sel stem untuk kegunaan pesakit-pesakit kanser yang semakin ramai di Malaysia.

Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr, Abd Rahman Arshad berkata. "Dengan kos dan taraf hidup yang semakin meningkat, pusat-pusat perubatan khususnya Hospital Kerajaan dan swasta juga memerlukan sumbangan bantuan dari mana-mana syarikat dan badan korporat dari segi kos pengurusan, operasi dan peralatan perubatan serta bukan perubatan. Melihat kepada situasi ini, pihak Wakaf Selangor Muamalat berasa terpanggil untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya membantu golongan ini tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama".

"Sehingga Oktober tahun ini, Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang sebanyak RM 522,330.00 (RM 403,530 di sekitar Selangor, manakala luar Selangor sebanyak RM118,800) dalam bentuk bantuan peralatan kesihatan di pusat perubatan di Malaysia yang memerlukan. Selain daripada perubatan, Wakaf Selangor Muamalat juga telah menyumbang di dalam sektor pendidikan,” katanya lagi.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Arshad telah dilantik sebagai Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat. Dana-dana ini akan disalurkan ke arah penambahbaikan dan pembangunan kesihatan dan pendidikan. Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf. Para penyumbang bagi dana ini adalah layak mendapat potongan cukai sebanyak 7% dan 10% daripada pendapatan agregat seseorang individu dan korporat.

   
Anda ada pertanyaan?    

Hubungi kami di 03-2600 5500 atau sila rujuk info perhubungan di ruangan Hubungi Kami di atas.