Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Podcast

Episode 4: SUARA ANAK MUDA, ‘NADI’ MASA DEPAN EKONOMI MALAYSIA

Masa depan ekonomi Malaysia bukan sekadar impian tetapi ia sedang menuju ke fasa dimana ia dibentuk dan diwarnai oleh keberanian, visi dan nilai yang dibawa oleh generasi muda. Ia bukan lagi tentang tahun 2050 tetapi ia tentang ‘sekarang’. Tentang generasi muda yang menjadi jantung nadi perubahan ekonomi Malaysia.

Dalam episod khas podcast ApeCer? Campus Edition, kita menyelami bagaimana tarif, perdagangan global dan perubahan teknologi yang sedang giat membentuk wajah ekonomi Malaysia yang bukan sekadar berlandaskan ‘teori’ semata tetapi lebih kepada ‘realiti’ semasa.

GENERASI YANG MENENTUKAN MAKNA ‘NILAI’
Golongan Gen Z dan milenial melibat ‘nilai’ dari lensa yang lebih luas dan bagi mereka, ia bukan sekadar angka (gaji) dalam akaun bank tetapi ia adalah tentang makna, impak dan prinsip. Kajian dari WTW Malaysia (2024) menunjukkan bahawa seramai 86% generasi muda di Malaysia bersetuju bahawa ‘sense of purpose’ penting dalam memilih kerjaya dan lebih 70% yang sanggup menerima gaji lebih rendah jika syarikat itu selari dengan nilai hidup mereka.

Ini adalah bukti bahawa ia bukan idealisme kosong tetapi ia adalah penetapan semula erti ‘keuntungan’ dalam istilah ‘Return on Integrity’. Mereka bukan hanya mencari kerja sahaja tetapi mereka mencari asbab untuk bangun setiap pagi tanpa sebarang tekanan.

DARI GIG KE GREEN: GEN Z SEDANG MEMACU
Kita boleh melihat golongan muda kini sedang giat menerajui pelbagai bidang dari bisnes atas talian hingga ke startup berteraskan lestari. Mungkin pada pandangan mata segelintir rakyat, ekonomi gig ini dilihat rapuh tetapi bagi mereka, ia adalah medan latihan, pentas belajar dan pintu keusahawanan.

Antara realiti yang kita tidak boleh menafikan cabaran dan halangan yang dihadapi oleh mereka ketika ini adalah apabila statistik terkini dari DOSM menunjukkan jumlah pengangguran belia telah melebihi 10% iaitu dua kali ganda jauh mengatasi purata nasional. Ini bukan penamat sesebuah cerita tetapi ia adalah permulaan gelombang baru dimana ramai golongan muda pivot, bukan bisnes mikro, masuk e-commerce.

KUASA KEWANGAN DALAM TANGAN GEN Z
Apabila kita melihat mereka dengan kefahaman, golongan muda hari ini sebenarnya lebih terbuka untuk berbincang soal kewangan. Bagi mereka, topik kewangan bukan lagi satu perkara taboo, sebaliknya ia sudah menjadi perbualan arus perdana.

Mereka tidak hanya mencari instrumen yang menguntungkan, bahkan mereka juga mahukan yang selari dengan nilai dan prinsip hidup mereka.

Inilah titik tolaknya. Pendekatan terhadap ekonomi perlu disemak semula agar lebih relevan dan empatik. Ia bukan sekadar soal ‘produk kewangan’, tetapi juga soal falsafah kewangan. Gen Z mahukan kita bercakap dalam bahasa mereka, iaitu bahasa yang jujur, mudah difahami, dan masuk akal. Bukan sekadar janji kosong.

MASA DEPAN ITU BUKAN RAMALAN TETAPI ‘STRATEGI’
Kita sedang hidup dalam zaman penuh ketidakpastian, daripada teknologi yang mengubah landskap kehidupan, hinggalah ekonomi yang semakin tidak menentu. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lagi melihat golongan muda hanya sebagai next generation. Mereka adalah current solution.

Mereka bukan liabiliti ekonomi, sebaliknya adalah pelaburan strategik untuk masa depan negara.

Dengarlah suara mereka terlebih dahulu. Jangan sekadar hadir membawa solusi tanpa empati. Anak muda tidak mahu dilihat hanya sebagai ‘statistik’, tetapi sebagai pemegang saham masa depan yang layak diraikan dan diberi peranan.

NAK TAHU KENAPA SUARA ANAK MUDA TIDAK BOLEH DIABAIKAN?
Kalau anda percaya bahawa ekonomi masa depan bermula dengan ‘suara’ anak muda hari ini, anda wajib tonton episod penuh ApeCer? ‘Campus Edition’!

Dalam episod kali ini, kita bentangkan isu global hingga ke realiti masa kini tentang peluang kerja dan strategi kerjaya yang akan membuka minda anda.

Tonton episode penuh podcast ApeCer? Campus Edition dibawah:

Suara Anak Muda, ‘Nadi’ Masa Depan Ekonomi Malaysia

Diterbitkan pada May 30, 2025

INI BUKAN SEKADAR PODCAST,
INI SUARA GENERASI

Jadikan episod ini sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit tanpa menoleh ke belakang! Kalau mereka boleh, kenapa anda tidak?


Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8600002.7030002.687000
BRUNEI DOLLARBND3.4320003.2330003.222000
CANADIAN DOLLARCAD3.1730003.0590003.042000
SWISS FRANCCHF5.4510005.2130005.195000
EURO EUR5.1440004.8570004.835000
STERLING POUNDGBP5.9310005.6680005.659000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7040002.5090002.494000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4320003.2330003.232000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3550004.1190004.102000

2025-07-04 08:31:49