Pembiayaan Rumah Skim Rumah Pertamaku PLUS
Terbuka kepada individu yang berpendapatan tetap, tiada pendapatan tetap atau bekerja sendiri termasuk peniaga kecil dan usahawan untuk memiliki rumah pertama.
Nama Pakej
Pembiayaan Perumahan Skim Rumah Pertamaku PLUS (SRP PLUS)
Kelayakan
- Permohonan individu atau permohonan Bersama
- Berpendapatan Tetap atau Bekerja Sendiri
- Pembelian rumah pertama untuk didiami
Manfaat
- Harga belian rumah atau nilai pasaran sehingga RM1,000,000.
- Margin Pembiayaan sehingga maksimum 100% +10% pembiayaan Kos Perpindahan dan Perbelanjaan Berkaitan (MCRE) iaitu MRTT/MLTT, LTHT, yuran guaman, yuran penilaian & duti setem
Dokumen diperlukan
Berpendapatan tetap bulanan:
- Salinan MyKad
- 1 bulan Salinan slip gaji
- 1 bulan penyata bank menunjukkan pengkreditan gaji
- Salinan Borang EA/EC/J
- Pengesahan melalui Sistem ‘HRMIS’ bagi penjawat awam
- Perjanjian Jual Beli (S&P)/ Resit Tempahan Pembelian
- Sebarang dokumen tambahan jika diperlukan oleh Bank
Bekerja sendiri atau tanpa pendapatan tetap bulanan:
- Salinan MyKad
- Penyata akaun bank atau deposit (persendirian/ perniagaan) 6 bulan terkini
- Lesen Perniagaan; atau dokumen berkaitan bagi yang bekerja sendiri (yang mana berkenaan)
- Penyata Cukai Pendapatan terkini
- Lawat premis perniagaan (untuk pengesahan pekerjaan dan/atau menjalankan perniagaan)
- Sebarang dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan pekerjaan