Episode 5: REALITI DUNIA PERSARAAN YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN

Dunia persaraan adalah tentang fasa kehidupan yang tidak dapat dielakkan sama ada kita sudah cukup bersedia mahupun tidak. Pendedahan daripada statistic KWSP juga sangat mengejutkan apabila lebih 50% pencarum yang berusia 54 tahun hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka dan apa yang lebih membimbangkan apabila jumlah itu hanya akan dapat menampung dua tahun untuk perbelanjaan asas sahaja.
Panduan komprehensif ini mengkaji realiti perancangan persaraan di Malaysia dimana ia menawarkan penyelesaian yang praktikal bagi rakyat Malaysia yang semakin menghampiri usia emas mereka. Menerusi podcast ApeCer? Episod 5, kami menerokai bagaimana untuk beralih ke dunia persaraan dengan keselamatan kewangan berbanding kebimbangan dan kebergantungan, malah menekankan bahawa perancangan yang betul dan tepat bukan sahaja merupakan perkara kewangan tetapi ia juga soal mengekalkan maruah, keimanan dan harga diri pada tahun seterusnya.
REALITI PERSARAAN: MEMAHAMI CABARAN
Bagi sesetengah rakyat Malaysia, ‘usia tua’ bukanlah topik yang popular untuk dijadikan sebagai topik perbincangan yang serius. Tetapi apa yang kita terlepas pandang adalah ‘usia tua’ itu adalah pasti dan kita menuju ke arahnya hari demi hari.
Persoalannya bukanlah bila kita akan bersara tetapi ia lebih kepada ‘bagaimana keadaan kita ketika bersara’. Adakah kita akan melangkah ke fasa ini dengan ketenangan tanpa bergantung kepada sesiapa termasuk anak-anak dimana mereka sendiri juga sedang bergelut dengan tekanan kewangan yang semakin hari semakin mencabar?
STATISTIK PENTING:
- Seramai 50% Pencarum KWSP Berisiko
Lebih separuh pencarum berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka - Keperluan Asas Bulanan Boleh Mencecah RM2,000
Perbelanjaan bulanan minimum untuk pesara yang sihat tanpa kos sewa atau penyakit kronik - Tempoh Simpanan Bertahan Hanya 2 Tahun Sahaja
Berapa lama RM50,000 akan bertahan dengan perbelanjaan bulanan asas, walaupun jangka hayat mungkin melangkaui 20+ tahun selepas persaraan
APA YANG SEBENARNYA KITA INGINKAN UNTUK PERSARAAN?
- Kehidupan yang bebas tanpa hutang
- Sentiasa cukup untuk keperluan asas dan kesihatan
- Dapat beribadah dengan tenang
- Tidak membebankan anak-anak
- Hidup dengan bermaruah, bukan belas kasihan
MENGAMBIL TINDAKAN: LANGKAH PRAKTIKAL KE ARAH PERSARAAN YANG BERMARUAH
Pilihan yang kita buat hari ini merupakan penentu sama ada kita akan bersara dengan tenang atau kesusahan.
- Wujudkan Simpanan Persaraan Khusus
Buka akaun persaraan berasingan yang tidak boleh digunakan untuk perbelanjaan harian atau kecemasan tanpa kompromi. - Kaji Semula Pilihan Gaya Hidup
Periksa corak perbelanjaan semasa untuk mengenal pasti bidang di mana perbelanjaan boleh dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti hidup. Pelarasan kecil yang dibuat secara konsisten boleh menghasilkan manfaat jangka panjang yang besar. - Mulakan Pelaburan Patuh Syariah
Mula melabur dalam instrumen patuh Syariah yang beretika, walaupun dengan jumlah yang sederhana. - Dapatkan Perlindungan Takaful Seawal Mungkin
Ramai pesara jatuh miskin kerana simpanan mereka telah habis digunakan untuk pembiayaan rawatan dan kos hospital. Sediakan payung sebelum hujan! - Didik Keluarga tentang Pengurusan Kewangan
Kongsi ilmu pengetahuan kewangan dengan pasangan dan anak-anak dengan cara mewujudkan budaya keluarga yang bertanggungjawab dari segi kewangan dan memastikan sokongan kolektif untuk matlamat perancangan persaraan.
KENAPA ANDA PERLU TONTON EPISOD INI?
Kalau anda sedang:
- Merasa keliru tentang masa depan kewangan sendiri
- Tertanya-tanya adakah simpanan untuk hari tua sudah mencukupi?
- Takut tapi tidak tahu hendak mula dari mana untuk rancang persaraan
Episod ini bukan sekadar membangkitkan kesedaran tetapi ia sebenarnya membuka mata untuk segelintir rakyat Malaysia yang masih memandang remeh tentang situasi ini.
Tonton podcast ApeCer? Episod 5 di bawah:
Realiti Bersara Dengan Tenang Atau Sengsara
Siapa kata nak fikir pasal persaraan kena tunggu umur 50?
Dalam episod Podcast ApeCer kali ini, kami bongkar realiti pengurusan kewangan, dari awal kerjaya hinggalah ke fasa persaraan.
Diterbitkan pada Jun 26, 2025
INI BUKAN SEKADAR PODCAST. INI SERUAN.
Podcast ApeCer? bukan sekadar sembang isu tetapi ia adalah cerminan suara rakyat yang mahukan kehidupan di hari tua tanpa bergantung kepada orang lain. Ia suara ibu ayah, suara penjawat awam dan swasta, peniaga kecil, pekerja gig dan semua yang sedang mencari satu peluang untuk bersedia, sebelum segalanya terlambat.
Jadikan episod ini sebagai turning point. Bukan untuk jadi kaya tetapi untuk hidup dengan bermaruah hingga ke akhir usia.
Kalau mereka boleh bersedia, kenapa tidak anda?