Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Keselamatan Peranti

Risiko Keselamatan Dikesan pada Peranti Anda

Keselamatan Peranti

Risiko Keselamatan Dikesan pada Peranti Anda

Keselamatan Peranti

Maaf, Aplikasi Mudah Alih Anda Ditutup Kerana Risiko Keselamatan

Demi keselamatan anda dan untuk melindungi maklumat perbankan anda, aplikasi mudah alih ini telah ditutup disebabkan isu-isu keselamatan yang dikesan pada peranti anda. Sila rujuk senarai di bawah untuk memahami punca yang berkaitan dan cara mengatasinya.

1. Integriti Peranti Terjejas Peranti anda dikesan telah diakarkan- (root). Aplikasi ini tidak dapat dijalankan pada peranti yang telah diakarkan (root). Sila kembalikan sistem operasi (OS) telefon mudah alih anda kepada versi asal.


2. Sumber Pemasangan Tidak Rasmi Aplikasi ini tidak dipasang (install) melalui Gedung Rasmi dan mungkin telah diubah suai atau dibungkus semula. Sila nyahpasang (uninstall) dan pasang semula aplikasi mudah alih ini melalui Google Play Store / Apple App Store atau gedung rasmi sah yang telah diiktiraf.


3. Emulator Dikesan Aplikasi mudah alih ini tidak dapat beroperasi dalam persekitaran emulator. Sila gunakan peranti fizikal.


4. Penyahpepijatan Dikesan Penyahpepijat (debugger) aktif telah dikesan. Sila matikan semua alat penyahpepijatan dan mulakan semula aplikasi mudah alih ini.


5. Alat Pengubahsuaian Tidak Sah Dikesan Alat yang mampu mengubah sifat aplikasi telah dikesan. Demi keselamatan anda, aplikasi mudah alih ini tidak dapat diteruskan selagi alat tersebut aktif.


6. Akses / Pemantauan Fail Mencurigakan Dikesan Aplikasi lain sedang mengakses fail yang dilindungi ATAU alat pemantauan fail sedang aktif. Sila nyahaktifkan aplikasi atau perkhidmatan tersebut dan mulakan semula aplikasi mudah alih ini.


Perlukan Bantuan?

Jika anda percaya isu-isu ini tidak berkaitan dengan peranti anda, atau memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi kami:

📞 +603-2600 5500
✉️ feedback@muamalat.com.my

Anda mungkin berminat

Keselamatan Siber
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8360002.6800002.664000
BRUNEI DOLLARBND3.4010003.2040003.193000
CANADIAN DOLLARCAD3.1170003.0050002.988000
SWISS FRANCCHF5.3520005.1180005.100000
EURO EUR5.0950004.8110004.789000
STERLING POUNDGBP5.8690005.6090005.600000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6480002.4570002.442000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4010003.2040003.203000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3340004.1000004.083000

2025-08-14 08:46:44