Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

iTEKAD

Program iTEKAD ialah inisiatif kewangan sosial oleh Bank Negara Malaysia yang bertujuan memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah melalui penyediaan modal permulaan, akses kepada pembiayaan mikro, serta latihan perniagaan dan kewangan yang komprehensif, bagi membolehkan mereka membangunkan perniagaan yang mampan dan berdaya saing.

iTEKAD

Program iTEKAD ialah inisiatif kewangan sosial oleh Bank Negara Malaysia yang bertujuan memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah melalui penyediaan modal permulaan, akses kepada pembiayaan mikro, serta latihan perniagaan dan kewangan yang komprehensif, bagi membolehkan mereka membangunkan perniagaan yang mampan dan berdaya saing.

iTEKAD DI BANK MUAMALAT

Di Bank Muamalat Malaysia Berhad, Program iTEKAD dilaksanakan melalui kerjasama dengan rakan strategik bagi mengenal pasti peserta yang layak serta menyediakan sokongan secara menyeluruh bagi memperkukuh dan mengembangkan perniagaan mereka.

 

Ciri-Ciri Utama Program

  • Modal permulaan (dibiayai melalui instrumen kewangan sosial) untuk memperoleh aset perniagaan.
  • Pembiayaan mikro bagi menyokong keperluan modal kerja untuk pengembangan perniagaan serta memupuk amalan pengurusan kewangan yang berhemah.
  • Pembangunan kapasiti (termasuk bimbingan perniagaan) bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan ke arah kelangsungan dan prestasi perniagaan yang lebih baik.
  • Pemantauan berasaskan impak bagi meningkatkan keberkesanan program serta menilai pencapaian hasil yang disasarkan.

 

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimanakah Program iTEKAD dilaksanakan di Bank Muamalat?
Program iTEKAD di Bank Muamalat dilaksanakan melalui kerjasama dengan rakan-rakan strategik bagi mengenal pasti peserta yang layak serta menyediakan sokongan yang menyeluruh bagi membantu pertumbuhan dan pembangunan perniagaan mereka.

Siapakah yang layak menyertai Program iTEKAD?
Peserta yang layak terdiri daripada usahawan asnaf, B40 serta pemilik perusahaan mikro dan kecil yang dikenal pasti melalui kerjasama Bank Muamalat dengan rakan-rakan strategik.

Apakah jenis perniagaan yang layak menyertai program ini?
Kelayakan adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh rakan strategik yang terlibat. Secara umumnya, Program iTEKAD memberi tumpuan kepada usahawan mikro dan kecil yang menjalankan perniagaan dalam sektor makanan dan minuman (F&B), pertanian serta perkhidmatan.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Untuk maklumat lanjut mengenai Program iTEKAD di Bank Muamalat, sila hubungi kami di itekadgroup@muamalat.com.my

iTEKAD Bank Muamalat

Bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan dan keupayaan perniagaan bagi menjana pendapatan yang mampan.

Diterbitkan pada 15 Jun 2023


Siri Kejayaan iTEKAD Bank Muamalat – Munawwir

iTEKAD bukan sahaja membuka peluang, malah memberi impak besar kepada kehidupan.

Melalui iTEKAD, Munawwir temui semangat baru.

Untuk maklumat lanjut mengenai iTEKAD, layari
www.muamalat.com.my

Diterbitkan pada 15 May 2024

Anda juga mungkin meminati

e-Derma
Fidyah
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLAR AUD 2.933000 2.772000 2.756000
BRUNEI DOLLAR BND 3.292000 3.101000 3.090000
CANADIAN DOLLAR CAD 2.966000 2.860000 2.843000
SWISS FRANC CHF 5.096000 4.873000 4.855000
EURO EUR 4.712000 4.449000 4.427000
STERLING POUND GBP 5.607000 5.358000 5.349000
NEW ZEALAND DOLLAR NZD 2.407000 2.233000 2.218000
SINGAPORE DOLLAR SGD 3.292000 3.101000 3.100000
UNITED STATES DOLLAR USD 4.192000 3.966000 3.949000

2026-11-03 09:24:02