Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

#MuamalatCares

Kelestarian

Memelihara kelestarian, mencipta nilai berkekalan untuk generasi akan datang.

#MuamalatCares

Kelestarian

Memelihara kelestarian, mencipta nilai berkekalan untuk generasi akan datang.

Komitmen

Bank Muamalat Malaysia Berhad mengintegrasikan pertimbangan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke dalam strategi serta operasi yang berlandaskan Syariah. Berpandukan nilai etika yang kukuh, kami komited untuk memberikan impak positif kepada semua pihak berkepentingan, memperkukuh integriti, mencapai pertumbuhan yang mampan, dan membina Kehidupan Lebih Baik bersama.

 

Teras Utama Kelestarian
Pendekatan Kami terhadap Kelestarian

Di Bank Muamalat, kelestarian menjadi panduan dalam setiap polisi dan keputusan kami. Berlandaskan nilai Islam, kami menekankan pertumbuhan inklusif, pengukuhan ekonomi, pemerkasaan komuniti, dan sokongan terhadap pemeliharaan alam sekitar. Melalui Value-Based Intermediation (VBI) dan amalan ESG, kami memastikan pembiayaan dan produk kami memberi impak positif jangka panjang.

Objektif Kelestarian

Kami menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs) dengan mempromosikan kesejahteraan sosial, pertumbuhan inklusif, dan pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif kami memberi tumpuan kepada akses kewangan, ketahanan komuniti, dan peningkatan sumber pendapatan bagi membina masa depan yang lebih adil dan lestari untuk semua.

Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs)

Kami menumpukan usaha kepada tujuh Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang paling signifikan dan selaras dengan keutamaan perniagaan serta kepentingan pihak berkepentingan kami.

GOAL 1

Mempunyai akses kepada pendapatan yang mencukupi serta keperluan asas untuk kehidupan yang bermaruah.

GOAL 2

Menyediakan akses dan kemudahan makanan yang cukup, sihat dan berkhasiat untuk semua.

GOAL 4

Memastikan pendidikan berkualiti, inklusif dan saksama serta memupuk peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

GOAL 8

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif, berterusan, penuh pekerjaan produktif, dan bermaruah untuk semua.

GOAL 10

Mengurangkan ketidaksamaan di dalam dan antara negara.

GOAL 12

Menggalakkan penggunaan dan pengeluaran yang mampan.

GOAL 16

Memupuk masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, memastikan akses kepada keadilan untuk semua, serta membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.

Alam Sekitar

Kami mengurangkan impak alam sekitar melalui inisiatif pengurusan karbon, air dan sisa:

M3: Pengurusan Karbon

Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk memenuhi komitmen iklim dan meningkatkan kecekapan.

Kami memperkukuh matlamat rendah karbon dengan meningkatkan kecekapan tenaga, mengoptimumkan operasi dan mengintegrasikan risiko iklim dalam proses membuat keputusan melalui pemantauan GHG serta penilaian berasaskan ESG.


M4: Pengurusan Air

Menggalakkan penggunaan air secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran.

Kami meningkatkan kecekapan penggunaan air dengan mengoptimumkan operasi sistem dan mengurangkan penggunaan. Pengurangan tekanan pam air di ibu pejabat kami membantu memelihara sumber, menambah baik prestasi serta menyokong pengurusan mampan di semua fasiliti kami.


M5: Pengurusan Sisa

Mengurang, mengitar semula dan mengurus sisa bagi mengurangkan impak alam sekitar.

Kami menggalakkan pengurusan sisa bertanggungjawab dengan mengurangkan pembaziran makanan dan memanfaatkan sumber sepenuhnya. Lebihan makanan didermakan kepada komuniti setempat, manakala pemantauan harian membantu mengenal pasti peluang pengurangan dan menyokong penggunaan mampan.

Social

Kami memperkasa komuniti melalui pelbagai inisiatif berikut:

M6: Pekerjaan

Memupuk bakat dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan, keseimbangan kerja-hidup dan pembangunan kerjaya.


M7: Kepelbagaian dan Peluang Sama Rata

Memupuk tempat kerja yang adil dan inklusif dengan menegakkan penilaian berasaskan merit serta mencegah sebarang bentuk diskriminasi atau gangguan.


M8: Latihan dan Pendidikan

Membekalkan pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan penting melalui latihan dan pembangunan berterusan.


M9: Pembangunan Komuniti

Memperkasa komuniti melalui program mampan berasaskan keperluan yang memacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial.


M10: Keterangkuman kewangan

Menawarkan produk dan perkhidmatan yang mampu milik dan mudah diakses bagi meningkatkan keterangkuman kewangan negara.


M11: Pengalaman Pelanggan

Memberikan perkhidmatan pelanggan yang responsif, adil dan berkualiti tinggi.

Tadbir Urus

Kami menegakkan integriti, tanggungjawab dan ketelusan melalui amalan etika dan tadbir urus yang berkesan.

M12: Pembiayaan yang bertanggungjawab

Mengamalkan amalan pembiayaan berintegrasi ESG bagi memastikan keputusan pembiayaan yang bertanggungjawab, memberi impak positif jangka panjang serta mengelakkan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar.

Kami mengambil kira faktor ESG dan penilaian risiko iklim dalam setiap keputusan pembiayaan melalui penggunaan ESG Scorecard, berpandukan Prinsip CCPT oleh Bank Negara Malaysia.


M13: Amalan Perolehan

Melibatkan pembekal yang komited terhadap kelestarian, amalan kerja beretika dan pengeluaran yang bertanggungjawab.

Kami mengamalkan perolehan bertanggungjawab melalui tadbir urus kukuh, semakan teliti dan penglibatan pembekal beretika bagi memastikan pematuhan, ketelusan dan tanggungjawab dalam rantaian bekalan.


M14: Etika & integriti

Mengamalkan tahap integriti tertinggi dengan tidak berkompromi terhadap rasuah dan penyelewengan.

Lembaga Pengarah (BOD) dan Jawatankuasa Risiko & Pematuhan Lembaga (BRCC) memimpin dengan integriti dalam menggerakkan strategi kelestarian dan risiko iklim dengan penuh ketelusan serta tanggungjawab, manakala Jabatan Kelestarian memastikan pelaksanaan yang berkesan dan sejajar dengan matlamat jangka panjang Bank.

Penyata Kelestarian

Di Bank Muamalat Malaysia Berhad, kelestarian merupakan asas kepada tujuan kami dalam Menjaga Kebajikan Ummah. Berpandukan prinsip Syariah serta komitmen Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (EESG), kami berusaha untuk mengimbangi pertumbuhan perniagaan dengan tanggungjawab sosial dan pemeliharaan alam sekitar.

Perjalanan kelestarian kami mencerminkan dedikasi untuk mengamalkan amalan bertanggungjawab di seluruh operasi — daripada pembiayaan beretika dan pembangunan inklusif hinggalah kepada pemuliharaan alam sekitar dan pemerkasaan komuniti. Dengan menyelaraskan arah strategik kami dengan rangka kerja kelestarian nasional serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami berusaha mencipta nilai jangka panjang untuk para pemegang kepentingan sambil memastikan kesejahteraan generasi masa depan.

 

Bank Muamalat berusaha mewujudkan #KehidupanLebihBaikBersama untuk komuniti melalui produk yang berimpak dan mampan.

 

You might also be interested in

Kotak Pengecas Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)
Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS)
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.7910002.6380002.622000
BRUNEI DOLLARBND3.2610003.0720003.061000
CANADIAN DOLLARCAD3.0130002.9050002.888000
SWISS FRANCCHF5.2370005.0100004.992000
EURO EUR4.9190004.6450004.623000
STERLING POUNDGBP5.5990005.3510005.342000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.4670002.2900002.275000
SINGAPORE DOLLARSGD3.2610003.0720003.071000
UNITED STATES DOLLARUSD4.1710003.9460003.929000

2025-12-31 09:00:13