SMART Mortgage SJKP
Nama Pakej
Pembiayaan Perumahan SMART SJKP
- Membiayai rumah pertama anda dengan skim pemilikan rumah patuh Syariah sepenuhnya sehingga 110% margin pembiayaan atau sehingga jumlah maksimum RM500,000
- Termasuk pembiayaan Pembiayaan MCRE
(Kos Pergerakan & Perbelanjaan Berkaitan i.e. Takaful MRTT/MLTT, LTHT, yuran guaman, yuran penilaian)
Pembiayaan Perumahan SMART SJKP SUPER Youth
- Terbuka kepada Belia (21-35 tahun) yang bekerja tetap atau sendiri atau tidak berpendapatan tetap termasuk pekerja ekonomi gig, peniaga kecil atau usahawan untuk memiliki rumah pertama
- Nikmati bayaran bulanan rumah yang lebih mampu milik melalui pakej Step-Up
- Membiayai rumah pertama anda dengan skim pemilikan rumah patuh Syariah sepenuhnya sehingga 110% margin pembiayaan atau sehingga jumlah maksimum RM500,000
Pembiayaan Perumahan SMART SJKP – Madani
- Membiayai rumah pertama anda dengan skim pemilikan rumah patuh Syariah sepenuhnya sehingga 120% margin pembiayaan atau sehingga jumlah maksimum RM360,000.
- Termasuk pembiayaan Pembiayaan MCRE (Kos Pergerakan & Perbelanjaan Berkaitan i.e. Takaful MRTT/MLTT, LTHT, yuran guaman, yuran penilaian) dan termasuk kos tambahan bagi kerja ubah suai, kelengkapan rumah dan perabot
Kelayakan
- Permohonan individu atau permohonan bersama
- Bagi mereka yang berpendapatan tetap, tidak berpendapatan tetap dan bekerja sendiri
- Khas untuk pembeli rumah kali pertama
SMART Mortgage SJKP SUPER
Menawarkan pakej Kadar Keuntungan Step-Up bagi lebih manfaat khusus untuk pembeli rumah pertama
Manfaat utama untuk pelanggan termasuk:
- Kurangkan ansuran bulanan awal untuk 5 tahun pertama, memberikan bantuan kewangan segera
- Servis Keuntungan semasa hartanah dalam pembinaan, menjadikan aliran tunai kewangan lebih terurus
- Peluang untuk menjimatkan wang tunai, membolehkan pelanggan lebih banyak pendapatan boleh guna untuk menyimpan atau menguruskan obligasi kewangan yang lain
- Bina profil kredit yang lebih baik, di sepanjang perjalanan kerjaya mereka
Dokumen diperlukan
Berpendapatan tetap bulanan:
- Salinan MyKad
- 1 bulan Salinan slip gaji terkini
- 1 bulan penyata bank menunjukkan pengkreditan gaji terkini
- Salinan Borang EA/EC/J terkini
- Pengesahan melalui Sistem ‘HRMIS’ bagi penjawat awam
- Perjanjian Jual Beli (S&P)/ resit tempahan pembelian
- Sebarang dokumen tambahan jika diperlukan oleh Bank
Bekerja sendiri atau tanpa pendapatan tetap bulanan:
- Salinan MyKad
- Penyata akaun bank atau deposit (persendirian/ perniagaan) 6 bulan terkini
- Lesen Perniagaan; atau dokumen berkaitan bagi yang bekerja sendiri (yang mana berkenaan)
- Penyata Cukai Pendapatan terkini
- Lawat premis perniagaan (untuk pengesahan pekerjaan dan/atau menjalankan perniagaan)
- Sebarang dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan pekerjaan
Risalah – Petua Bayar Tip Top
Risalah – #TipsBayarTipTop




















