Goodwill Discount For Early Settlement Of Hire-Purchase
(Effective Upon Hire-Purchase (Amendment) Act Enforcement)
Dear Valued Customers,
In conjunction with the enforcement of the Hire-Purchase (Amendment) Act (HPAA), the Bank will introduce a Goodwill Discount Programme for eligible customers who choose to settle their existing fixed-rate Hire Purchase facilities under the Rule of 78 early.
Who is eligible?
Customers (individuals, micro or small businesses) with fixed-rate HP agreements that were:
- executed before the HPAA takes effect, or
- executed during the 18-month grace period, and opting for early settlement before maturity.
Eligibility conditions at settlement:
- Account not in arrears > 90 days.
- Not under legal action / no repossession order.
- Not under R&R or any formal debt management programme.
Goodwill Discount:
- Calculated based on your existing agreement’s features (e.g., timing of settlement, flat rate structure).
- Applied to the net outstanding balance at early settlement.
- Amount varies by product and will be shown in your settlement quotation.
Effective date:
The programme will commence once the HPAA officially comes into force (expected Q1 2026). A further announcement will be made.
Duration:
Available until all affected fixed-rate HP accounts mature or settle (estimated up to 9 years).
What you need to do:
Customers who wish to settle early may request a settlement quotation through our branches, call our 24-hour Customer Careline at 03-2600 5500, or official channels after the HPAA is in effect.
Customers who continue paying instalments until maturity do not need to take any action.
We value you as our customer and look forward to your continued patronage.
Thank you.
Frequently Asked Questions (FAQ)-Goodwill Discount for HP
Diskaun Ihsan Untuk Penyelesaian Awal Sewa Beli
(Berkuat Kuasa Setelah Penguatkuasaan Akta Sewa Beli (Pindaan))
Pelanggan Yang Dihargai,
Sejajar dengan penguatkuasaan Akta Sewa Beli (Pindaan) [HPAA], Bank akan memperkenalkan Program Diskaun Ihsan bagi pelanggan yang layak dan memilih untuk menyelesaikan kemudahan Sewa Beli kadar tetap sedia ada mereka di bawah Kaedah 78 lebih awal.
Siapa yang layak?
Pelanggan (individu, perniagaan mikro atau kecil) dengan perjanjian sewa beli kadar
tetap yang:
- ditandatangani sebelum HPAA berkuat kuasa, atau
- ditandatangani dalam tempoh kelonggaran 18 bulan, dan memilih untuk membuat penyelesaian awal sebelum tempoh matang.
Syarat kelayakan semasa penyelesaian:
- Akaun tidak tertunggak melebihi 90 hari.
- Tidak berada di bawah tindakan undang-undang / tiada perintah tarikan balik (repossession).
- Tidak berada di bawah program Penstrukturan & Penjadualan (R&R) atau manamana program pengurusan hutang formal.
Diskaun Ihsan:
- Dikira berdasarkan ciri-ciri dalam perjanjian sedia ada (contohnya masa penyelesaian, struktur kadar rata).
- Digunakan ke atas baki bersih tertunggak semasa penyelesaian awal.
- Jumlah diskaun berbeza mengikut produk dan akan dipaparkan dalam sebut harga penyelesaian anda.
Tarikh berkuat kuasa:
Program ini akan bermula sebaik sahaja HPAA berkuat kuasa secara rasmi (dijangka pada Suku 1 2026). Pengumuman lanjut akan dibuat.
Tempoh:
Tersedia sehingga semua akaun sewa beli kadar tetap yang terlibat mencapai tempoh matang atau diselesaikan (dianggarkan sehingga 9 tahun).
Apa yang perlu anda lakukan:
Pelanggan yang ingin membuat penyelesaian awal boleh meminta sebut harga penyelesaian melalui cawangan kami, menghubungi Talian Khidmat Pelanggan 24 jam kami di 03-2600 5500, atau saluran rasmi lain selepas HPAA berkuat kuasa.
Pelanggan yang meneruskan bayaran ansuran sehingga tempoh matang tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Kami amat menghargai sokongan anda sebagai pelanggan dan berharap dapat terus berkhidmat untuk anda.
Terima kasih

















