Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Polisi Privasi iBiz Muamalat

Polisi Privasi iBiz Muamalat

Bank Muamalat Malaysia Berhad (“Bank”) melindungi maklumat peribadi dan kewangan anda dan menghargai keyakinan yang diamanahkan kepada kami. Polisi Privasi iBiz Muamalat (“Notis”) ini mewakili komitmen Bank untuk memikul amanah ini dan menggariskan prinsip yang digunakan oleh Bank dalam pengumpulan dan penggunaan maklumat anda untuk memastikan privasi anda kekal dilindungi pada setiap masa.

 

1. MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL

Maklumat peribadi dan/atau kewangan anda (maklumat) diperlukan oleh Bank untuk anda mengakses, melanggan atau menggunakan produk dan perkhidmatan tertentu di Portal Dalam Talian iBiz Muamalat. Butiran dan jenis informasi yang diperlukan bergantung kepada jenis produk atau perkhidmatan yang digunakan. Informasi tersebut mungkin termasuk maklumat peribadi anda seperti nama Syarikat, nama penuh, nombor pengenalan, alamat, nombor telefon dan/atau maklumat kewangan anda seperti jumlah pendapatan, aset, liabiliti, maklumat kad kredit dan lain-lain. Maklumat ini perlu untuk tujuan pengesahan dan penawaran produk atau perkhidmatan iBiz Muamalat yang berkesan dan efisyen.

2. PERLINDUNGAN MAKLUMAT ANDA

Bank melindungi maklumat peribadi anda dengan mengambil langkah keselamatan di mana semua maklumat anda yang dihantar melalui iBiz Muamalat yang dienkripsi untuk mengekalkan keselamatan ketika transaksi dalam talian iBiz Muamalat diproses.

Kami juga mengehadkan akses maklumat anda kepada kakitangan yang diberi kuasa yang terlibat dalam penyediaan produk atau perkhidmatan tertentu sahaja. Mereka adalah staff yang terlatih dan mengetahui komitmen Bank terhadap perlindungan maklumat tersebut.

Namun begitu, walaupun kami komited untuk melindungi maklumat anda, terdapat juga perkara di luar kawalan kami. Bank bagaimanapun tidak mempunyai kawalan ke atas peranti elektronik, perisian, sistem dan perkara sampingan lain yang digunakan untuk mengakses iBiz Muamalat. Kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat yang dikongsi dengan kami melalui emel, penggunaan internet awam atau penyimpanan maklumat pada komputer yang boleh diakses secara umum.

Oleh hal yang demikian, kami juga menasihati anda untuk berhati-hati ketika mengakses dan menggunakan produk dan perkhidmatan kami melalui internet awam atau melalui komputer yang boleh diakses secara umum untuk meminimumkan dan mengurangkan sebarang risiko yang mungkin menjejaskan maklumat atau privasi anda. Untuk keselamatan tambahan, Bank telah memasukkan fungsi untuk log keluar secara automatik apabila tiada aktiviti dikesan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Apabila anda menamatkan penggunaan iBiz Muamalat anda atas sebarang sebab, maklumat anda berkemungkinan kekal dalam sistem kami untuk tempoh masa tertentu untuk kami memenuhi kewajipan di bawah sebarang peruntukan undang-undang. Selagi maklumat tersebut berada dalam sistem kami, Polisi Privasi iBiz Muamalat ini masih diguna pakai.

3. MAKLUMAT YANG KAMI ZAHIRKAN
Kami berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkesan dan melindungi kerahsiaan maklumat peribadi anda. Kami mungkin dalam keadaan tertentu perlu menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (dalam atau luar Malaysia).Pihak yang diberi kebenaran dan dipersetujui oleh anda.

  • Syarikat dalam Bank atau yang berkaitan dengan kumpulan syarikat.
  • Syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami untuk memproses dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi yang anda minta.
  • Sekiranya produk atau perkhidmatan kami diberikan melalui usaha sama dengan pihak ketiga dan/atau rakan kongsi perniagaan yang tertentu, kami mungkin perlu menzahirkan data peribadi anda kepada mereka. Pihak ketiga ini mungkin termasuk institusi kewangan yang lain, pembekal perkhidmatan atau pihak yang mengendalikan pemindahan dana elektronik.
  • Pihak ketiga dalam urusan perniagaan kami yang biasa, contohnya, institusi kewangan pihak ketiga, ahli takaful, pihak yang memberi perkhidmatan sekuriti atau pelaburan, persatuan industri/kewangan.
  • Mana-mana penama, pemegang amanah, pemegang amanah bersama, pendaftar atau pusat pendaftar sekuriti, penjaga, ejen harta tanah, peguamcara atau orang lain yang terlibat dengan penyediaan perkhidmatan atau produk kami kepada anda.
  • Agensi rujukan kredit apabila anda memohon mana-mana produk kami yang berasaskan kredit seperti pinjaman peribadi, kad kredit atau gadai janji.
  • Pihak ketiga yang mana kami mempunyai kewajipan untuk membuat penzahiran berdasarkan sebarang peruntukan undang-undang, perintah mahkamah atau tribunal atau seperti yang dikehendaki oleh kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa berkanun, contohnya, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bursa Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ini juga termasuk entiti pihak ketiga yang dilantik oleh pihak-pihak berkuasa berkanun tersebut atau agensi-agensi kerajaan.
  • Pihak ketiga dan/atau rakan kongsi perniagaan yang telah dilantik oleh Bank untuk melaksanakan fungsi perniagaan kami atau untuk menguatkuasa hak undang-undang atau kontrak kami, sebagai contoh, sebarang ejen, kontraktor, vendor, pembekal perkhidmatan, para perunding, para profesional, pelelong atau penilai. BMMB telah menjalankan usaha wajar terhadap langkah-langkah perlindungan data yang ditetapkan dalam perjanjian dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga, bagi memastikan data pelanggan terus dilindungi oleh penyedia-penyedia tersebut.
  • Pihak ketiga dan/atau rakan kongsi perniagaan yang telah dipilih secara teliti untuk memberikan anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang mungkin memberi kelebihan kepada anda sebagai contoh, agensi telepemasaran.
  • Mana-mana pihak ketiga dan/atau rakan kongsi perniagaan hasil daripada penyusunan semula kemudahan yang diberikan kepada anda atau pembiayaan, atau harta atau pemerolehan, dengan syarat mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama pada asalnya ia dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami.
  • Perantara, penghubung dan ejen bank anda, rumah penjelasan, sistem penjelasan atau penyelesaian, rakan niaga pasaran dan mana-mana syarikat yang anda laksanakan perkhidmatan pelaburan melalui kami.
  • Untuk sebarang penggabungan, penjualan, pemindahan atau cadangan pemindahan mana-mana bahagian kepentingan, aset, tanggungjawab, perniagaan dan/atau operasi kami.
  • Peguam, juruaudit, penasihat cukai, bank pelaburan dan penasihat profesional lain yang dilantik oleh kami.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain dalam Bank dan pihak diatas sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, dan anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda.

Kami tidak akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga untuk menghantar maklumat pemasaran, kecuali sekiranya anda telah memberi keizinan anda kepada kami. Maklumat pemasaran pihak ketiga mungkin termasuk pengeluaran produk baru, promosi, rebat, diskaun, peraduan atau program penghargaan.

4. PENGESAHAN

Akses iBiz Muamalat anda didaftarkan menggunakan nombor pengenalan anda. Kaedah pengesahan termasuk Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) melalui Token i-MSecure diguna pakai untuk mengekalkan integriti individu dan menyediakan lapisan keselamatan tambahan.

Anda dinasihatkan untuk mematuhi perkara berikut semasa melakukan transaksi melalui iBiz Muamalat:

  • Pastikan peranti elektronik anda tidak memberi peluang kepada sesiapa untuk mendapatkan akses kepada maklumat anda.
  • Pastikan bahawa peranti elektronik yang anda gunakan tidak membenarkan rakaman curi dengar dan rakaman aktiviti.
  • Anda dinasihatkan untuk log keluar daripada iBiz Muamalat sebelum menggunakan mana-mana aplikasi lain pada peranti elektronik anda atau sebaik sahaja transaksi selesai.
  • Jangan hantar sebarang maklumat yang berkaitan dengan akaun anda melalui internet.
  • Sila pastikan peranti elektronik anda bebas daripada sebarang perisian hasad seperti virus, perisian pengintip, atau aplikasi tidak sah yang boleh menjejaskan kerahsiaan dan keselamatan data peribadi serta transaksi dalam talian anda.

5. PENGUMPULAN, PENGGUNAAN DAN PENGEDARAN MAKLUMAT ANDA

Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti melalui maklumat yang dimiliki oleh Bank, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan, rakaman video atas sebab-sebab keselamatan dan rakaman audio tentang individu tersebut.

Data peribadi yang kami kumpul adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • maklumat pengenalan diri anda seperti nama, umur, pekerjaan, taraf perkahwinan, tempat kelahiran, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, gambar,
  • maklumat hubungan anda seperti alamat (rumah, pejabat atau untuk penghantaran bil), emel atau nombor telefon dalam atau luar Malaysia,
  • maklumat pekerjaan anda seperti nama majikan, sejarah pekerjaan, jawatan, julat pendapatan dan kontak penyelia anda,
  • maklumat mengenai status kewangan dan kelayakan kredit anda seperti aset, pendapatan dan informasi kewangan (seperti cukai pendapatan, sejarah kredit, sejarah urus niaga dan pembiayaan),
  • maklumat berkenaan profil risiko, pelaburan, cukai dan takaful, objektif pelaburan, pengetahuan dan pengalaman dan/atau kepentingan perniagaan dan aset anda,
  • maklumat berkaitan dengan aktiviti, tabiat, pilihan dan minat anda yang didapati daripada penggunaan produk dan perkhidmatan Bank, rakan kongsi atau vendor kami, maklumat daripada pemegang akaun bersama anda dan/atau pihak yang menyediakan cagaran untuk kemudahan anda dan/atau individu-individu/pihak-pihak yang disebutkan dalam permohonan anda untuk produk dan perkhidmatan kami. Ini termasuk individu yang disebut dalam dokumen yang diserahkan untuk menyokong permohonan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada ahli keluarga, pengarah, pemegang saham individu, penandatangan yang sah dan penjamin. Anda mengesahkan dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan semua individu tersebut sebelum data mereka diproses oleh Bank, dan
  • data peribadi lain yang mungkin dikehendaki oleh Bank untuk memproses transaksi iBiz Muamalat anda seperti direktori nombor telefon, album gambar, data dan lokasi peranti elektronik.

Kami dengan telitinya akan memaklumkan kepada anda sekiranya data peribadi yang dikehendaki adalah wajib. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk memberikan kepada kami sebarang data peribadi wajib yang dikehendaki atau menarik balik keizinan yang telah diberikan kepada kami untuk memproses data peribadi tersebut, kami berhak untuk menghentikan pemberian produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan tanpa sebarang liabiliti oleh kami kepada anda (walau apa pun perjanjian antara anda dengan Bank).

Selain daripada pendedahan wajib data peribadi, jika anda tidak memberikan kami data peribadi yang tidak wajib, anda masih boleh melanggan produk dan perkhidmatan kami bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan.

Data peribadi anda akan dikumpul apabila anda:

  • memeterai sebarang transaksi komersial dengan Bank, termasuk tetapi tidak terhad, kepada penyediaan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan professional anda,
  • menghubungi Bank menerusi pelbagai kaedah seperti melawat premis kami, borang permohonan, emel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan kakitangan kami di cawangan. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan,
  • berurusan dengan kami untuk sebarang produk, perkhidmatan atau di bawah sebarang perjanjian termasuk yang berdaftar di laman sesawang Bank,
  • akses aplikasi mudah alih kami seperti perbankan internet
  • mengambil bahagian dalam tinjauan pelanggan, menyertai pertandingan atau promosi kami, dan
  • dari rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di premis kami

Data peribadi juga boleh dikumpul daripada pihak ketiga termasuk:

  • sumber-sumber dalam industri perkhidmatan kewangan, sebagai contoh, biro atau agensi di bawah kawalan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau pihak berkuasa berkanun yang lain, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, agensi laporan kredit berdaftar atau institusi-institusi kewangan yang lain,
  • apabila kami memperoleh sebarang data dan maklumat daripada pihak ketiga yang diberi kuasa contohnya majikan, pemegang akaun bersama, penjamin, wakil-wakil pihak guaman, pasangan, ibubapa, penjaga, tanggungan dan/atau syarikat/perkongsian yang anda merupakan pengarahnya, pemegang-pemegang saham atau dalam perkongsian,
  • pembekal perkhidmatan pihak ketiga, contohnya agensi pekerjaan swasta, agensi pengutip pembiayaan, pegawai/agensi pemasaran atau entiti yang memberi perkhidmatan pengesahan kredit atau latar belakang kredit,
  • apabila kami berurus niaga atau membuat perjanjian dengan sesebuah entiti korporat, entiti korporat tersebut mungkin akan memberi data peribadi anda berkaitan dengan urus niaga atau perjanjian tersebut, contohnya anda mungkin seorang pengarah, pemegang saham atau pekerja entiti korporat tersebut, dan
  • daripada sumber-sumber umum.

Data peribadi juga boleh dikumpul daripada laman web:

  • Apabila anda mengunjungi laman web Bank, alamat IP anda akan direkod secara automatik di dalam log kami. Kami menggunakan alamat IP anda untuk membantu mengenal pasti masalah dan untuk mengurus laman web kami.
  • Maklumat yang diperoleh apabila anda mengakses ke laman web kami (sebagai contoh alamat IP dan kuki komputer anda). Kami mungkin menggunakan kuki untuk beberapa tujuan seperti menganalisis pilihan anda, menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkesan kepada anda, bagi memperbaiki produk kami dan/atau untuk menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan untuk anda. Sekiranya anda tidak mahu mengaktifkan kuki anda, anda boleh mengubah tetapan pada pelayar dan/atau peranti mudah alih anda.
  • Kuki ialah elemen data yang boleh dihantar oleh laman web kepada pelayar anda, yang kemudiannya mungkin disimpan dalam sistem anda. Kami menggunakan kuki pada beberapa laman web kami untuk menyimpan pilihan pengunjung dan merekod maklumat sesi. Maklumat yang kami kumpul kemudiannya digunakan untuk memastikan tahap perkhidmatan yang lebih peribadi kepada pengguna kami. Anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar anda supaya anda diberitahu apabila anda menerima kuki. Sila rujuk dokumentasi pelayar anda untuk menyemak samada kuki dibolehkan pada komputer anda atau meminta untuk tidak menerima kuki.

Bank tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga atau organisasi luar tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada anda berdasarkan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

6. KETEPATAN MAKLUMAT

Adalah penting bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan terkini. Untuk itu, kami memohon bantuan anda untuk memastikan perkara yang sama ketika memberi kami maklumat tersebut, serta sentiasa mengemas kini sebarang perubahan pada maklumat, untuk memastikan penyediaan produk atau perkhidmatan iBiz Muamalat kepada anda tidak dikompromi dalam apa cara sekalipun.

Kami komited untuk memastikan maklumat peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami simpan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda.

7. SISTEM OPERASI PERANTI IBIZ MUAMALAT

  • Sentiasa pastikan sistem pengendalian peranti elektronik anda dikemaskini dengan versi terbaharu yang dikeluarkan, kerana ia mungkin termasuk ciri keselamatan terkini.
  • Kemaskini keselamatan yang kerap boleh membantu melindungi peranti elektronik daripada serangan berniat buruk. Jadi, kemaskini dan kekal menggunakan versi terkini adalah penting.
  • Disyorkan untuk menggunakan peranti elektronik dengan Sistem Pengendalian mudah alih terkini (iOS atau Android).

8. KESELAMATAN DAN PEMANTAUAN IBIZ MUAMALAT

Untuk melindungi transaksi pelanggan dan data peribadi, Bank telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan pemantauan berikut:

  • Penilaian Keselamatan Berkala: Melaksanakan semakan keselamatan secara berterusan, penilaian kerentanan, dan ujian pencerobohan untuk mengenal pasti serta menangani ancaman yang berpotensi dengan segera.
  • Pemantauan Ancaman Secara Proaktif: Memantau ancaman yang sedang muncul secara berterusan dan mengintegrasikan teknologi serta rangka kerja keselamatan digital terkini bagi mengukuhkan integriti sistem perbankan internet.
  • Mekanisme Pengesanan Lanjutan: Menggunakan alat pemantauan canggih untuk mengesan dan bertindak balas terhadap aktiviti mencurigakan atau cubaan akses tanpa kebenaran secara masa nyata.
  • Pengalaman Perbankan yang Selamat & Mesra Pengguna: Menambah baik platform perbankan dalam talian agar lebih intuitif, lancar dan diperibadikan—tanpa menjejaskan keselamatan.
  • Kesedaran Keselamatan Siber Pelanggan: Menggalakkan pelanggan untuk sentiasa peka terhadap amalan terbaik keselamatan siber dan memastikan peranti mereka bebas daripada perisian hasad seperti virus, perisian pengintip, atau aplikasi tidak sah yang boleh menjejaskan kerahsiaan dan keselamatan transaksi dalam talian.

9. PERTANYAAN DAN ADUAN

Anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan kami melalui butiran berikut untuk sebarang pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda atau untuk melaksanakan sebarang pilihan yang diberikan kepada anda di bawah Notis ini:

Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan,
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Alamat: Tingkat 19, Menara Bumiputra, Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur.
Tel: +603-26005500 (Tempatan /Antarabangsa)
E-mel: feedback@muamalat.com.my

atau sebagai alternatif, anda boleh melawat kami di https://www.muamalat.com.my/contact-us/feedback/

Notis Privasi ini tidak terpakai kepada laman web pihak ketiga di mana iklan dalam talian kami dipaparkan atau dikaitkan dengan laman web pihak ketiga yang tidak diurus atau dikawal oleh pihak kami. Notis ini akan disemak dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Notis ini, Bank akan maklumkan melalui Portal Dalam Talian iBiz Muamalat, laman web Bank, melalui cawangan kami atau cara lain yang bersesuaian.

Notis Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara kedua-dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Notis ini telah dikemaskini pada 12 Jun 2025.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8400002.6830002.667000
BRUNEI DOLLARBND3.4250003.2250003.214000
CANADIAN DOLLARCAD3.1430003.0290003.012000
SWISS FRANCCHF5.4130005.1760005.158000
EURO EUR5.1190004.8330004.811000
STERLING POUNDGBP5.9490005.6840005.675000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6960002.5010002.486000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4250003.2250003.224000
UNITED STATES DOLLARUSD4.3500004.1140004.097000

2025-06-30 08:40:32